Written by AbangNara | December 23rd, 2013

Beruntungnya Aril mendapat isteri yang cantik, jelita dan menawan iaitu Puteri Erma Adlinda. Walaupun begitu agak kasihan juga kerana mereka berdua hanya dapat menghabiskan masa selama 2 hari sebagai suami isteri sebelum terpaksa berjauhan. Ini kerana Puteri Erma terpaksa menjalankan tugasnya sebagai seorang pramugari Saudi Arabia Airlines. Mesti sedih gila-gila punya.

gambar perkahwinan aril af dan puteri erma

Salah satu gambar yang dikongsikan oleh Aril menerusi akaun Instagramnya mencuri perhatian Abang Nara. Terserlah kebahagiaan dan kegembiraan mereka berdua selepas bergelar suami isteri. Namun kening mata Aril yang terkoyak sedikit menimbulkan tanda tanya. Diharap Aril berhati-hati. Jangan terlalu teruja menjadi pengantin baru. (gurau-gurau je ye)

gambar perkahwinan aril af dan puteri erma

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Aril AF dan Puteri Erma dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Project2Pi.

esgnee

P.S: Cantik-cantiknya baju dari Esgesee nie. Menarik sungguh. Customer servisnya pun pantas. Ada jaminan 100% tiada kerosakkan langsung. Websitenya pun user-friendly dan mudah dilayari. Beroperasi dari jam 10 pagi -10malam, memang cepatlah proses penghantarannya. Tunggu apa lagi, jom ke Esgesee segera.

 
Written by AbangNara | December 20th, 2013

Syukur Alhamdulillah kini Aril AF atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus telah pun sah bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin, kira-kira jam 3.10 petang tadi di Kota Bharu, Kelantan. Kedua-dua mempelai kelihatan segak bergaya dan cantik menawan dalam persalinan serba putih.
gambar pernikahan aril af puteri ermaDalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin berjumlah RM15,000 dan turut dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai baju T, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta senaskah Al-Quran dan dompet.
gambar pernikahan aril af puteri ermaManakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000. Dalam pada itu, majlis persandingan akan diadakan untuk ahli keluarga di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan seterusnya kenduri kesyukuran bagi sebelah keluarga Aril akan diadakan di Melaka dalam masa terdekat.
gambar pernikahan aril af puteri erma
Tahniah diucapkan buat Aril dan Erma atas pernikahan ini. Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah!!!