October 12th, 2012

Kesian sungguh Abang Nara membaca kesakitan yang menimpa Norish Karman di Harian Metro hari ini. Akibat tekanan dan kerja keras mengangkat barang, Norish Karman diserang sakit belakang sehingga tidak boleh bangun dan berasa lumpuh separuh badan.

norish karman

Nasib baiklah kesakitan tersebut dapat dihilangkan selepas Norish Karman mengalami sedikit pembedahan kecil. Kata Norish:-

Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pasti–nya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan. Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan. Ketika menjalani pemeriksaan, doktor ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil.

norish karman

Rupa-rupanya selama ini Norish Karman tidak menggunakan mesin basuh untuk membasuh bajunya. Semuanya dibasuh menggunakan tangan. Memang logik jugaklah sakit belakang sampai terasa seperti lumpuh. Penat kot basuh baju guna tangan.

Penyakit itu, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri.Saya tidak punya orang gaji dan semua kerja rumah saya buat. Bayangkan sampaikan basuh kain pun guna tangan, percaya tak saya tak ada mesin basuh di rumah.Anak-anak saya yang sudah besarpun kadang-kadang saya masih dukung mereka.Selebih–nya, mungkin kerjaya saya sebagai pelakon memerlukan saya menjayakan babak berat

Semoga selepas ini Norish Karman lebih berhati-hati dan tidak melakukan kerja berat. Nanti sakit susah pulak anak-anak. Tiada siapa nak jaga. Sama-samalah kita doakan agar Norish Karman cepat sembuh dan dapat berlakon kembali.

August 30th, 2012

Rupa-rupanya ada kisah di sebalik penyebaran gambar anak keempat Norish Karman, Haq Lutfie Alexander baru-baru ini. Berkata kepada Berita Harian, rupa-rupanya gambar tersebut disebarkan selepas si penyebar gagal mendapat wang ugutan daripada Norish Karman. Tak sangka pulak ada orang yang sanggup berbuat sedemikian. Kejam!!!

haq norish karman

Yang pasti, Abang Nara respek kepada peminat Norish Karman yang terus memberikan kata-kata perangsang dan semangat kepadanya ketika menghadapi situasi ini. Ini barulah peminat sejati. Kata Norish:-

Alhamdulillah peminat memberikan banyak kata perangsang kepada saya. Mereka memberitahu, akan terus menyayangi dan setia menyokong kerjaya seni saya. Saya membuat pendedahan itu pun bukan untuk membuka mahupun menutup sebarang cerita. Awalnya, selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan.

Rupa-rupanya kat Malaysia ini sudah sampai tahap Hollywood jugak bab-bab buat ugutan ini. Kepada artis-artis lain, silalah berhati-hati di masa hadapan. Kang tak pasal-pasal turut jadi mangsa ugutan seperti Norish Karman. Apa pun semoga Norish terus tabah dan semakin bertambah kuat selepas dugaan ini.

May 5th, 2009

norish karman

Kalau dulu kami ada menyatakan kekeliruan tentang siapa yang bersalah dalam kes penceraian Norish Karman hari ini akhirnya suami Norish Karman, Dato’ Hashimuddin Abdul Kadir telah pun bersuara menjelaskan segalanya.

Jika anda baca dan percaya apa yang dikatakan oleh Dato’ Hashimuddin, maka sudah tentulah Norish Karman merupakan wanita yang jahat dalam kes ini. Habis terbongkar semua rahsia percintaan Norish Karman dan abang Farahdhiya.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca apa yang dikatakan oleh suami Norish Karman.

Bekas suami Norish Karman semalam mendedahkan hubungan sulit yang berlaku antara aktres itu dengan kekasihnya, Mohd. Luqman Mohd. Amin.

Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, 61, berkata beliau pernah memberi amaran kepada Luqman agar memutuskan hubungan dengan bekas isterinya pada Oktober 2007.

Dalam nada sinis, kata Hashimuddin, ‘Mula-mula tu, bunga baru nak mekar’.

“Saya cakap kepada Luqman yang perbuatannya salah disisi undang-undang syarak kerana NK (Norish) mempunyai anak-anak dan merupakan isteri saya.

“Luqman bersimpati dengan NK kerana dia hidup dalam keperitan. Saya tanya semula apakah keperitan yang dimaksudkan?

“Lalu saya memberi amaran kepadanya agar tidak berjumpa dengan NK lagi,” jelas Hashimuddin dalam sidang media di pejabatnya, Perspec Prime (M) Sdn. Bhd., Ampang, Kuala Lumpur.

Tidak lama selepas itu, Hashimuddin bersua dengan adik Luqman, penyanyi Farahdhiya dan bapanya, Mohd. Amin.

“Sebelum kami berjumpa, saya bercakap dengan Farahdhiya tentang hal ini dan dia pun baru mengetahuinya selepas melihat gambar NK dalam telefon bimbit Luqman.

“Apabila berjumpa, Farahdhiya dan bapanya menyuarakan rasa tidak senang hatinya dan nekad hendak membuat sesuatu tetapi tiada apa-apa yang dilakukan.

“Saya redha dan rela dengan perpisahan ini. Saya halalkan makan minumnya tetapi tidak redha dengan apa yang dilakukan sekarang sehingga orang menuduh saya kejam terhadap anak-anak,” luah pengerusi eksekutif syarikatnya itu.

Tambahnya, “Luqman sering menginap di rumah saya dan dia pernah membuat hubungan sulit dengan NK semasa masih menjadi isteri saya.

“Pada bulan Mac, saya mempunyai bukti NK bercuti bersama Luqman dan anak-anak saya di Pulau Tioman sehingga anak-anak tidak bersekolah tanpa izin saya.

“Mereka juga mengakui sebagai suami isteri. Bila mendapat tahu, saya terpanggil untuk selamatkan anak-anak sebab tidak mahu mereka terdedah dengan perkara di luar hukum syarak.

“Saya ingin selamatkan anak-anak dan tidak mahu mereka digunakan untuk ‘coverline’. Saya tak peduli kalau NK dan Luqman nak bercinta.”

Justeru, Hashimuddin berkata pada 22 April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan perintah tidak membenarkan Luqman menghampiri anak-anaknya berdasarkan pergaulan ‘luar biasa’ itu.

Katanya, perkara itu akan dibangkitkan semasa perbicaraan pada 17 Jun nanti.

Namun begitu, bukan bermakna sidang media yang diadakan itu bertujuan untuk membuktikan NK curang kepadanya.

“Saya tidak berniat membuktikan dia (Norish Karman) curang. Saya hanya nak betulkan perkara yang tidak betul dengan mengeluarkan senarai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang saya berikan kepada NK untuk anak-anak.

“Saya terpaksa cakap sebab apa yang ditimbulkannya dalam akhbar sebelum ini menyebabkan isteri pemimpin dan rakan-rakan saya menggambarkan saya seorang bapa yang kejam dan zalim serta meninggalkan anak-anak dalam suasana yang menyedihkan.

“Mereka menyoal saya, bagaimana saya yang pernah menolong ibu tunggal dan anak orang miskin sebelum ini boleh melakukan perbuatan seperti ini terhadap anak-anak sendiri,” jelasnya.

Menurutnya, ada dua isu yang dia ingin perkatakan iaitu isu nafkah dan isu kereta Murano.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Hashimuddin mengenai kemudahan-kemudahan serta nafkah yang diberikan kepada NK untuk anak-anak:

1. Wang saku

Wang tunai berjumlah RM700 sebagai wang saku untuk anak-anak. Sekiranya tidak mencukupi, boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin di pejabat kerana ada peruntukan ‘petty cash’ yang disediakan apabila perlu.

2. Keperluan harian

Bekalan makanan serta barang-barang keperluan dapur berjumlah RM700 hingga RM1,000 seminggu yang dikirimkan oleh Hashimuddin sendiri atau melalui pemandunya.

3. Kenderaan

Kemudahan kenderaan pendaftaran BJN 17 beserta pemandu bagi menghantar serta mengambil pulang dari sekolah termasuk juga kelas-kelas tambahan serta aktiviti-aktiviti. Begitu juga Hashimuddin mengizinkan NK menggunakan kenderaan itu untuk tujuan tertentu sekiranya perlu.

Jadual kenderaan beserta pemandu yang disediakan adalah pada hari Isnin hingga Sabtu di mana ada ketikanya hari Ahad sekiranya perlu. Kebiasaannya, Hashimuddin bersama anak-anak pada hari Ahad mulai pukul 6 pagi hingga 7 petang.

Pemandu ini sentiasa berada di keadaan ‘standby’ sekiranya berlaku apa-apa kecemasan maka NK boleh menghubungi serta menggunakan kenderaan beserta pemandu itu untuk tujuan kecemasan atau hubunginya dalam masa 24 jam.

4. Pembantu rumah

Wang sejumlah RM700 yang dibayar terus kepada pembantu rumah atau pun di kreditkan terus ke akaun pembantu di Filipina melalui Western Union.

5. Perkhidmatan telefon kediaman

Memasang serta membayar dan menjelaskan bil telefon termasuk kemudahan internet anggaran kira-kira RM500 hingga RM 600 sebulan.

6. Keperluan Perubatan

Ketiga-tiga anak serta NK didaftarkan di Hospital Subang Jaya Medical Centre (SJMC) di mana anak-anak boleh mendapatkan perkhidmatan perubatan pada bila-bila masa termasuklah NK sendiri. Nama NK sehingga kini masih belum lagi dibatalkan bagi memudahkan beliau menjalani serta mendapatkan perubatan di SJMC.

Sekiranya perlu ke klinik berdekatan, NK boleh menghantar bil ke pejabat dan akan diganti kos perbelanjaan perubatan itu.

Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, NK boleh menghubungi Setiausaha Hashimuddin bagi mendapatkan bantuan serta keperluan yang diperlukan.

7. Yuran persekolahan

Segala-gala yuran sekolah, kelas-kelas lain ditanggung oleh Hashimuddin selama ini, termasuk buku-buku dan pakaian sekolah.

8. Pakaian anak-anak

Segala keperluan pakaian anak-anak adalah ditanggung oleh Hashimuddin di mana dia membeli sendiri pakaian bersama anak-anak.

Bantuan kewangan sekitar penceraian

1. Atas ehsan, sejumlah RM5,000 diberi selama 3 bulan (berjumlah RM15,000) bagi bayaran edah. Sepanjang NK bergelar isteri Hashimuddin , dia mendapat RM3,000 sebulan.

2. Memberi wang tunai sejumlah RM9,000 bagi membiayai kos deposit rumah sewa NK di Beverly Residence.

3. Selepas berpisah, NK masih tinggal di Tropicana yang dibiayai oleh Hashimuddin berjumlah RM5,000 sebulan, 3 bulan sehingga dia berpindah ke tempat baru.

4. Hashimuddin membantu membayar kos pembungkusan serta pengangkutan bagi tujuan pemindahan berjumlah RM3,000 dari Tropicana ke tempat kediaman baru.

5. Hashimuddin juga telah membantu membeli perabot untuk kediaman di Beverly Residence berjumlah RM7,000 dari kedai perabot IKEA.

Menyentuh tentang isu kereta Nissan Murano, Hashimuddin berkata dia terpaksa menarik balik kereta itu kerana NK telah mengingkari perjanjian dan tidak membayar cukai jalan kereta.

“Pada mulanya, saya izinkan dia menggunakan kereta itu dengan syarat ia tidak boleh digunakan oleh mana-mana lelaki.

“Saya tengok kereta ini sering diguna dan disimpan di rumah Mohd Luqman seolah-olah keretanya sendiri.

“Apabila saya menegur, NK kata saya cemburu. Tetapi saya terpaksa menarik kereta itu kerana dia ingkar dan tidak membayar ‘road tax’.

“Sekarang, kereta itu berada dengan saya dan saya telah menghabiskan lebih RM2800 untuk membaiki kereta itu kerana ia telah ‘bengkang-bengkok’,” katanya.

Selepas menjelaskan hal tersebut, Hashimuddin nekad untuk tidak memberikan apa-apa komen lagi selepas ini sehingga menunggu keputusan perbicaraan tuntutan nafkah pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

“Saya tak nak panjangkan dan buka cerita lagi. Kalau lepas ni dia nak jawab, terpulanglah kerana bagi saya kebenaran tetap kebenaran.

“Jika selepas ini ada lagi yang tidak betul, saya bersedia untuk disaman,” tegasnya.

April 29th, 2009

norish karman

Kami pening. Tak faham dengan isu perceraian Norish Karman dan suaminya. Tak tahu siapa yang bersalah. Ada yang kata Norish Karman pasang laki lain. Ada yang kata suaminya main kayu tiga.

Pening kepala dibuatnya. Kalau nak bercerai, bercerailah elok-elok. Pikirkan anak-anak. Bukannya libatkan suami dan isteri ajer. Nanti lama-lama anak-anak yang sengsara.

Kalau ada pembaca yang mengetahu cerita sebenar tentang perceraian Norish Karman nie, mehla kongsi-kongsi. Lagi gambar Norish Karman bersama anaknya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

norish karman

norish karman