October 12th, 2012

Kesian sungguh Abang Nara membaca kesakitan yang menimpa Norish Karman di Harian Metro hari ini. Akibat tekanan dan kerja keras mengangkat barang, Norish Karman diserang sakit belakang sehingga tidak boleh bangun dan berasa lumpuh separuh badan.

norish karman

Nasib baiklah kesakitan tersebut dapat dihilangkan selepas Norish Karman mengalami sedikit pembedahan kecil. Kata Norish:-

Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pasti–nya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan. Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan. Ketika menjalani pemeriksaan, doktor ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil.

norish karman

Rupa-rupanya selama ini Norish Karman tidak menggunakan mesin basuh untuk membasuh bajunya. Semuanya dibasuh menggunakan tangan. Memang logik jugaklah sakit belakang sampai terasa seperti lumpuh. Penat kot basuh baju guna tangan.

Penyakit itu, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri.Saya tidak punya orang gaji dan semua kerja rumah saya buat. Bayangkan sampaikan basuh kain pun guna tangan, percaya tak saya tak ada mesin basuh di rumah.Anak-anak saya yang sudah besarpun kadang-kadang saya masih dukung mereka.Selebih–nya, mungkin kerjaya saya sebagai pelakon memerlukan saya menjayakan babak berat

Semoga selepas ini Norish Karman lebih berhati-hati dan tidak melakukan kerja berat. Nanti sakit susah pulak anak-anak. Tiada siapa nak jaga. Sama-samalah kita doakan agar Norish Karman cepat sembuh dan dapat berlakon kembali.


107 responses to “Diserang Sakit Belakang, Norish Karman Umpama Lumpuh Separuh Badan”

  1. Zarina says:

    NK, ini semua balasan Allah kepada orang yang mengaibkan orang lain sehingga menghancurkan sebuah rumahtangga dan sanggup menipu untuk mendapat perhatian serta belas kesihan masyarakat…Memang betul, antara you dengan Allah; terimalah dengan redha bukan dengan bermegah sebab apa yang berlaku amat mengaibkan kita sebagai wanita mengikut ajaran kita… Sebagai orang melayu berpegangkan pada asas agama Islam, kita kena bijak menilai kehormatan dan menjaga martabat kita yang bergelar insan…

  2. rumah gah mesin baso tadak? says:

    aku rase penah tgk umah dia gah kemain dlm tv show ape ntah…mewah jee tgk umah dia…takkan mesen baso takdak? propa la …

Loading...