Written by Bella | October 25th, 2017

Walaupun pelbagai kontroversi timbul antara Shahir dan Mona baru-baru ini, ia sedikit pun tidak menggugat hubungan Erra Fazira dan Shahir. Erra yang sudah faham permainan industri hiburan tanah air memberitahu hubungannya masih baik dengan Shahir.

Namun, Erra tidak mahu memberikan sebarang komen lanjut dan meminta peminat mendoakan yang terbaik buat beliau dan Shahir.

Hubungan kami masih baik dan doakan segalanya yang terbaik buat kami. Semoga yang baik juga akan bersama dengan orang yang mendoakan kebaikan itu. Saya juga tidak berhasrat untuk memberi komen panjang dan membentangkan secara terperinci mengenai hubungan saya dengan Shahir. Cukuplah saya beritahu secara ringkas demi menghormati permintaan dan tugas pihak media.

Saya sudah dimaklumkan oleh Shahir sendiri mengenai isu itu. Selain itu, saya juga ada bertanya pandangan teman-teman dalam industri seni serta mereka yang prihatin berkaitan isu terbabit.

Justeru, sedikit-sebanyak saya faham permainan dan sepak terajang dunia hiburan tanah air. Saya juga tidak mahu komen lebih-lebih kerana ia hanya akan memanjangkan isu yang tidak ada hala tuju itu.

Terdahulu, Shahir juga sudah beberapa kali memberitahu beliau bakal meminang Erra pada awal tahun hadapan. Kami juga berdoa agar hubungan Shahir dan Erra dapat berakhir di jenjang pelamin jika ada jodoh bersama.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 23rd, 2017

Dihimpit  kontroversi dengan pramugari Firefly, Mona sepanjang minggu lepas, penyanyi Shahir menganggap apa yang terjadi adalah perkara biasa yang perlu dihadapi oleh anak seni dan ia tidak memberikan kesan terhadap dirinya. Shahir sekali lagi mengulangi beliau tetap berhasrat mahu melamar Erra Fazira pada tahun depan.

Ini bukan kali pertama saya berdepan dengan gosip begini, jadi saya tidak terkesan apabila timbul perkara ini. Saya masih Shahir yang sama, jadi tetap berhasrat untuk melamar Erra. Alhamdulillah, sebagai artis, dia juga faham apabila timbul perkara begini.

Terdahulu, Mona memberitahu hubungan beliau dan Shahir bukanlah sekadar artis bersama peminatnya dan merasa bengang apabila Shahir berkata sebegitu. Menurut Mona, mereka sememangnya mesra dan kerap keluar bersama dan wanita itu turut menyertakan bukti perbualan romantis antara beliau dan Shahir.

Walaubagaimanapun, kini Mona tidak mahu lagi dikaitkan dalam kontroversi terbabit kerana sudah mempunyai kekasih baru yang merupakan seorang pemain bola sepak.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | October 23rd, 2017

Selepas timbulnya kontroversi hangat antara Shahir AF Megastar 2017 bersama pramugari Mona, rakan artis, Ewal turut membuat pendedahan Mona juga hampir juga memerangkap dirinya dan beberapa lagi peserta AF Megastar dengan “memancing” hati mereka menggunakan ayat-ayat manis.

Terkejut dengan apa yang diperkatakan Ewal, Mona menerusi portal Harian Metro yang turut merasa bengang berani menunjukkan bukti bahawa Ewal juga sebenarnya pernah mengganggu beliau sebelum ini.

Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa. Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahu kalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah mengganggu saya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami.

Sejujurnya kalau tiada angin pohon tidak akan bergoyang dan harapnya isu Mona dan Shahir ini dapat diselesaikan secara aman agar tiada lagi timbul sebarang kontroversi lain.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | October 20th, 2017

Mona nama seorang pramugari yang kini popular hanya dalam sekelip mata berikutan kontroversinya bersama Shahir. Umum mengetahui Mona bermati-matian memberitahu beliau dan Shahir cukup mesra sedangkan Shahir menegaskan perkara yang sebaliknya.

Susulan isu tersebut yang semakin panas, peserta AF Megastar Ewal tampil dengan pendedahan yang agak memeranjatkan tentang Mona. Menurut Ewal, beliau juga hampir menjadi mangsa perangkap Mona dan ia juga turut berlaku kepada peserta lain program realiti tersebut.

Antara taktik yang digunakan oleh Mona adalah dengan bermain kata-kata manis untuk meraih perhatian dan mencairkan hati mangsanya.

Malahan, bukan saya dan Shahir sahaja, terdapat beberapa bintang program realiti lain yang cuba dihampiri oleh Mona. Modus operandinya boleh dikatakan sama iaitu dengan mengakui dirinya sebagai peminat tegar. Dia memulakan langkah dengan meninggalkan komen di laman sosial sebelum berani menghantar ‘direct message’ (DM) untuk menghampiri mangsanya.

Mula-mula dulu ingat hanya saya seorang, rupa-rupanya ada beberapa rakan artis daripada program AF yang turut melalui pengalaman serupa.

Nampaknya pendedahan Ewal ini memberikan gambaran perkara sebenar yang berlaku. Adakah segala kontroversi yang menghimpit Shahir adalah cubaan untuk mensabotaj  karier seninya? Tidak mungkin Ewal akan berkata sesuatu yang palsu bukan?

Sumber Berita : Utusan Online