Written by AbangNara | October 7th, 2010

maher zain

Hensem gile mamat Maher Zain nie. Dah la hensem, sejuk pulak mata memandang. Dan kami baru tau rupa-rupanya Maher Zain nie pernah terlibat dengan penciptaan lagu Lady Gaga. Tapi itu sebelum zaman dia berubah menjadi seorang penyanyi nasyid.

Semasa sidang media showcase Save The Soul, Maher Zain bercerita tentang bagaimana dia pernah menjadi seorang Muslim yang alpa suatu ketika dahulu:-

[note]Pada tiga tahun yang lalu saya seorang yang ingkar pada tuhan dan terlalu jauh dengan Allah kerana kehidupan saya sebelum ini sangat terpesong dan menjalani kehidupan sosial yang sangat bebas apabila sering mengunjungi kelab malam dan sebagainya. Bayangkan disebabkan kealpaan saya itu saya telah lupa untuk membaca surah Al-Fatihah. Sehinggalah ketika saya berkunjung ke New York, tiba-tiba saya rasakan hidup saya kosong dan saya mula sedar dan insaf. Saya berpeluang berubah dan mencari rakan baru yang gemar bersembahyang dan pergi ke Masjid. Dalam masa yang sama,saya tetap tidak boleh tinggalkan minta saya pada muzik dan saya telah gunakan muzik sebagai salah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej berguna kepada orang lain supaya tidak terpesong seperti mana yang pernah saya alami sebelum ini [/note]

Untuk makluman, showcase Maher Zain dah pun sold out. Promosi hanya dilakukan melalui Facebook Maher Zain sahaja. Hebat kan? Ternyata penangan Maher Zain terhadap rakyat Malaysia memang sangat hebat.

Lagi gambar kehenseman Maher Zain dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Budiey.

P.S: Memang hebat minah nie pakai jubah ngan purdah naik motor rempit.