Written by AbangNara | December 23rd, 2010

konsert maher zain 26 disember

Maher Zain. Sekali mata memandang, gugur jantung dibuatnya (kalau anda perempuan atau jikalau anda Azwan Ismail). Buat yang tak tahu, Maher Zain adalah selebriti yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun 2010. Nampak sangat kesedapan suaranya ditambah dengan kehenseman tahap gabannya memang mencairkan hati para wanita Malaysia.

Berita baik untuk anda yang nak berjumpa Maher Zain secara up close dan personal. Buat anda yang terlepas konsert Maher Zain baru-baru ini, kini Maher Zain akan kembali ke Malaysia pada 26hb Disember ini. Maher Zain akan menghiburkan para peminatnya selama 3 malam berturut-turut di The Summit Hotel, Subang Jaya.

Buat die hard fan Maher Zain, sila telefon 03-7843-6999 untuk membeli tiket yang bermula dengan harga RM200. Memang agak mahal tapi kalau dah nama peminat hardcore, apalah sangat RM200 tue kan? Sila telefon sekarang sebelum line menjadi busy dan seterusnya membuatkan anda menangis kerana tak dapat melihat Maher Zain secara live.

Info lanjut boleh tengok kat poster di atas tue ye.

P.S: Jangan lupa Ahad ini Malaysia vs Indonesia untuk Piala Suzuki AFF

Written by AbangNara | October 19th, 2010

gambar konsert maher zain

Betapa beruntungnya mereka-mereka yang dapat pergi menonton secara live konsert Save The Soul Maher Zain di Malaysia baru-baru ini. Lebih-lebih lagi kalu anda seorang gadis yang telah lama mengidam nak melihat kekacakan wajah Maher Zain secara live. Dengar ceritanya, Maher Zain membuat satu persembahan yang hebat di malam tersebut. Confirm ramai yang terhibur.

Aishah juga turut turun untuk membuat persembahan pembukaan. Manakala host malam tersebut ialah Wardina dan Farah Adeeba. Jutaan tahniah kami ucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya membawa Maher Zain turun ke Malaysia. Mungkin di masa hadapan boleh buat di stadium yang lebih besar. Dengar-dengar ramai jugak yang kecewa sebab tiket konsert Maher Zain habis cepat sangat.

Lagi 19 keping gambar sekitar konsert Maher Zain di Malaysia dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Diyana.

P.S: Geli geleman tengok video bersin slow motion nie.

 
Written by AbangNara | October 13th, 2010

maher zain

Kami sentiasa memberikan peluang kepada mana-mana pihak untuk menjawap segala persoalan yang kami timbulkan di sini. Dan kami baru sahaja mendapat email jawapan dari pihak pengurusan Raudhatus Sakinah berkenaan dengan luahan hati seorang peminat Maher Zain.

Nampaknya segala masalah telah diselesaikan. Tahniah kami ucapkan kepada pihak pengurusan tiket konsert Maher Zain yang cekap dan pantas. Berikut adalah jawapan daripada pihak mereka:-

[note]Saya mengambil kesempatan ini untuk menulis setelah menerima pengaduan daripada ramai kawan2 ptg ni.

Saya tahu saudari Farihah tak pernah kenal saya dan tentu tak dapat melihat reaksi saya ketika bercakap melalui telefon. Persepsi pasti akan datang jika kita memang sudah memikirkan hal yang negatif.

Setelah saudari Farihah memberitahu kedudukannya, saya terus mencatat kesemua maklumat yang diberi dan terus mengambil tindakan untuk mendapatkan seats yang berbaki (yang tidak dibeli walaupun sudah booked). Saya sendiri meminta petugas meletakkan nama Farihah utk seats C30, D15 dan D16 dengan harga rm200 untuk tarikh 15 oktober seperti permintaannya. Kemudian saya terus turun ke bawah untuk membuat panggilan kepada nombor talian yang telah diberi, mula daripada saat saya mendapat tiket untuknya itu sehingga hari in, nombor tersebut tak dapat dihubungi.

Dan, saya meminta petugas untuk mencuba nombor yang berlainan supaya dapat juga menghubunginya. Sangat menghairankan sebab saya pasti nombornya saya ulang dua kali untuk pengesahan semasa bercakap dengannya. Jika saudari Farihah masih berminat untuk mendapatkan tiket ini, silalah menghubungi pejabat saya sebab tiket saudari memang telah diketepikan ke dalam sampul mengikut arahan yang telah saya berikan kepada petugas.

Maaf jika kesilapan komunikasi ini telah menjadikan saudari Farihah begitu marah. Maafkan saya sekali lagi.[/note]

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca maklum balas penjaga Facebook Maher Zain kepada Budiey. Budiey juga rupanya telah mengeluarkan artikel luahan hati peminat Maher Zain ini. Apa pun tahniah atas tindakan pantas pihak pengurusan. Kami respek.

 
Written by AbangNara | October 13th, 2010

gambar maher zain

Kami sudah pun menerima email ini minggu lepas. Tetapi disebabkan kesuntukan masa kami tak sempat nak sharekan dengan anda semua. Mungkin kini adalah masa yang sesuai untuk mendengar luahan seorang peminat Maher Zain.

Untuk yang tak kenal siapa itu Maher Zain, mungkin anda boleh tengok gambar Maher Zain dan info tentang konsert Maher Zain di Malaysia. Berikut adalah luahan hati peminat Maher Zain:-

Tajuk email:Pengurusan Tiket Maher Zain Yang Mengecewakan

Saya sangat kecewa dengan Syarikat Raudhatus Sakinah(RS) yang menguruskan jual beli tiket konsert Maher Zain baru-baru ini. Saya telah menempah 3 tiket berharga RM200 pada 17 September 2010 untuk konsert yang akan berlangsung pada 15 oktober 2010 di dewan MBSA Shah Alam. Semasa penempahan, saya ada bertanyakan cara bayaran atau ada perlunya deposit kerana saya memang tidak percaya akan tempahan lisan.

Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca luahan hati peminat Maher Zain ini. Jangan lupa untuk beri pendapat anda jugak. Mana tau anda ada pengalaman yang serupa.