Written by AbangNara | October 22nd, 2012

Pertama kali Abang Nara mendengar cerita tentang taman tema Legoland akan dibuka di Malaysia, diri ini terasa excited tak ingat. Semangat Abang Nara men”google” gambar-gambar sekitar majlis pembukaaan taman tema pertama di Asia ini. Memang nampak menarik sangat-sangat.

legoland

Sedang syok mengushar gambar yang ada, tiba-tiba seorang kawan Abang Nara mengupload puluhan keping gambar di dalam album yang bertajuk “Legoland Johor Yang Awesome” di Facebook. Terus Abang Nara chat dengan dia dan bertanya apa yang best di Legoland. “Semuanya best tapi paling best ialah MiniLand”, kata kawan Abang Nara.

legoland

Serius Abang Nara jeles gila dengan kawan Abang Nara nie sebab dia dah pergi ke Legoland. Tambah jeles bila tengok banyak gila decoration yang cute-mute menghiasi taman tema pertama di Asia ini. Menurut kawan Abang Nara. semua decoration nie diperbuat daripada Lego 100%. Memang kreatif gila. Respek!!!

legoland

Abang Nara tertarik dengan rekaan Istana Maybank yang nampak sangat gah di Legoland ini. Tak sangka daripada lego pun boleh buat istana. Dan rupa-rupanya Maybank ada sponsor satu bahagian dalam Legoland yang dikenali dengan nama “Legoland Kingdom”. Satu langkah yang sangat bijak dan murah hati daripada Maybank untuk terlibat sama dalam pembinaan Legoland ini.

legoland

Tapi kawan Abang Nara cakap kalau nak pergi bawak anak, lebih baik tunggu anak besar sikit barulah pergi ke Legoland nie. Bukan apa, Legoland nie memang luas. Kesian pulak kalau si kecik yang baru 7 bulan nie dibawa menjelajah Legoland. Confirm penat dan meragam nanti.

legoland

Terasa makin tak sabar dibuatnya apabila melihat gambar souvenir yang dibeli oleh kawan Abang Nara nie. Sedih hati ini apabila kawan Abang Nara kata dia terlupa nak belikan seketul dua untuk Abang Nara. Geram je menengok lego-lego yang cute tue dijadikan keychain.

legoland

Hujung tahun ini, Abang Nara plan nak bawak wife dan anak ke Legoland. Nak rasai sendiri kehebatan taman tema ini. Nak main-main dengan “rides” yang diperbuat daripada lego. Nak tengok Legoland Kingdom tajaan Maybank dan macam-macam lagilah. Mesti anak Abang Nara excited dan seronok tak ingat nanti.

legoland

Apa-apa hal pun sebelum pergi jangan lupa withdraw duit banyak-banyak. Barulah puas hati nak beli souvenir apa bagai. Rasa-rasanya mungkin ada ATM Maybank kat dalam Legoland. Semoga satu hari nanti impian Abang Nara untuk ke Legoland akan tercapai jua!!!