Written by serenity | December 1st, 2014

Semalam telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan penyanyi Atilia Haron, 40, dengan suaminya, Adam Sofian Mazlan, 37, di Dewan Wisma Perkasa Mindef, Kuala Lumpur. Kedua pengantin mengenakan busana pengantin rekaan Rico Rinaldi. Kira-kira 800 orang tetamu telah hadir ke majlis tersebut. Menurut mStar Online, Atilia telah membeli berbungkus-bungkus alat penguji kehamilan dan tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Atilia juga memberitahu dia kepingin dua pasang anak kembar jika diberi rezeki.


 photo 1512184_10153501543219240_1378925644806648490_o.jpg
Set gambar ini ialah dari jurugambar rasmi, REDPhotography. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 10th, 2013

Esok Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri bakal dinikahkan di Istana Negara lama. Hari ini dan semalam, bakal pengantin baru ini telah pun mengadakan majlis bersiram, berinai dan khatam Al Quran bersempena perkahwinan mereka. Memang nampak meriah sekali. Lebih-lebih lagi majlis bersiram yang mengikut adat Jawa.

nina ismail sabri

Mesti sejuk Nina kena siram dengan air. Hehehe. Abang Nara yakin Jovian dan Nina sudah tidak sabar lagi untuk menunggu ketibaan hari esok. Semoga segala persiapan telah pun siap dan mengikut apa yang dirancang. Tak sabar Abang Nara nak menunggu detik istimewa mereka berdua.

nina ismail sabri

Beberapa lagi gambar sekitar majlis berinai, bersiram dan khatam Al Quran Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Jovian, Instagram Nina dan Instagram Min PrettyPeektures.

 
Written by serenity | November 15th, 2011

Syella Kamaruddin, penyanyi yang juga dikenali dengan butik perkahwinannya D’Syella Place telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang VVIP yang tidak kami ketahui namanya Jumaat lepas. Jangan tanya kami mana pengantin lelaki untuk gambar ini, kerana Syella dikatakan bersanding seorang diri sahaja atas sebab-sebab tertentu. Apa pun, gambar-gambar ni cantik, kan? Kami suka kontra warna putih dan merah ros.


Perkahwinan Syella dikatakan bernilai RM 15 juta dan dia juga dikhabarkan menerima hadiah sebuah banglo dan sebuah kereta mini-cooper sebagai hantaran perkahwinan. Tahniah diucapkan, semoga berkekalan ke akhir hayat. Lagi 7 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada ArtchanAli Photography.

***

Festival Gong Sarawak 2011 akan berlangsung di Redeems Centre, Kampung Apar, Singai, Bau, Kuching juga pada 18 hingga 20 November 2011. Festival Gong yang melibatkan pelbagai agensi kebudayaan ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti seni budaya negara serta meningkatkan mutu permainan tradisional di rantau ini dan Asia Tenggara khasnya.

Program anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak ini menyasarkan untuk menyemarakkan aktiviti seni budaya dan warisan kepada masyarakat umum pelbagai kaum ini bakal menampilkan persembahan kumpulan gong tempatan dan jemputan, pameran alat muzik gong dan demonstrasi alat muzik gong. Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan festival.

 
Written by AbangNara | May 10th, 2010

Salam semua,

Terima kasih kerana menjadi penyokong setia setelkahwin.com selama ini. Untuk itu, kami ingin mengumumkan bahawa sekarang ini kami telah membangunkan 2 aplikasi baru yang FOC (free of charge) untuk anda semua gunakan. Yang pertama, kami telah membangunkan ruangan ‘chatroom’ untuk memudahkan anda berkomunikasi di antara satu sama lain dan berkongsi maklumat. Ia amat mudah digunakan kerana aplikasi ini adalah sama seperti aplikasi ‘chat mIRC’ yang korang pakai masa zaman zaman sekolah kita dulu. Mesti korang rindu kan :) Jangan terkejut pulak jika korang jadi ketagih menggunakannya…!

chatroom setelkahwin

Yang kedua pula adalah aplikasi forum. Kami berharap dengan adanya forum tersebut, ia akan lebih memudahkan anda dalam proses merancang perkahwinan nanti. Selain daripada dapat bertukar-tukar pendapat, nasihat atau berbincang mengenai urusan perkahwinan, anda juga dapat berborak tentang bermacam-macam perkara lagi di dalam forum ini. Misalnya hiburan, kerjaya, dunia teknologi dan isu-isu semasa.

forum setelkahwin

Dengan itu, kami berharap agar anda akan terus setia dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada kami. Kami turut alu-alukan sebarang cadangan atau ‘constructive critism’ daripada anda semua supaya kami dapat memperbaiki sebarang kelemahan dan memberikan servis yang terbaik untuk anda dari masa ke semasa.

Pastikan anda sudah log masuk sebelum menggunakan aplikasi ‘chat’ dan forum ini, kalau belum jadi ahli lagi silalah daftar dahulu di sini (http://www.setelkahwin.com/join.php). Aplikasi ‘chat’ terletak di dalam menu ‘Aplikasi Kahwin’ untuk keahlian member dan di dalam menu ‘Aplikasi Bisnes’ untuk keahlian vendor.

Terima Kasih! Semoga anda semua terhibur!