Written by AbangNara | August 7th, 2017

Cantik, menarik dan tertarik sungguh Siti Saleha serta suaminya, Ahmad Luthi di dalam persalinan tradisional songket di majlis resepsi perkahwinan mereka yang telah berlangsung di PAUM Clubhouse hujung minggu lalu. Memang sama cantik dan sama padan.

siti saleha

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Siti Saleha dan Ahmad Lutfi atas perkahwinan anda berdua. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Instagram Siti Saleha.

 
Written by AbangNara | July 31st, 2017

Sama cantik sama padan. Bak pinang dibelah dua sungguh pasangan pengantin baru Siti Saleha dan Ahmad Lutfi ini. Suka Abang Nara tengok mereka berdua. Jelas terbayang kegembiraan dan kebahagiaan di wajah mereka selepas selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat.

siti saleha ahmad lutfi

Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Instagram @_thev.

 
Written by AbangNara | July 28th, 2017

Jutaan tahniah diucapkan kepada Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.40 petang hari ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di TPC Bukit Kiara. Siti Saleha telah dinikahkan oleh ayahnya sendiri Mohd Baharom Abdul Rahman dan disaksikan oleh Imam Masjid Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Mohd Fadlullah Md Noor.

gambar kahwin siti saleha

Siti Saleha yang berusia 27 tahun menerima mas kahwin sebanyak RM500 daripada Ahmad Lutfi, 31 tahun. Namun jumlah hantaran dirahsiakan.
Pengantin perempuan turut memberi sembilan dulang hantaran manakala pengantin lelaki membalas tujuh dulang.

gambar kahwin siti saleha

Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar perkahwinan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | June 7th, 2017

Mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini, pelakon Siti Saleha akui beliau terpaksa menolak tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menurut Siti Saleha, beliau harus memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar agar majlis tersebut kelihatan sempurna.

Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan. Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna. Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini.

Siti Saleha mengikat tali pertunangan dengan Lutfi Azhar pada 26 November 2016 selepas setahun berkenalan.

Sumber Berita : Astro Awani