June 7th, 2017

Mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini, pelakon Siti Saleha akui beliau terpaksa menolak tawaran lakonan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Menurut Siti Saleha, beliau harus memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar agar majlis tersebut kelihatan sempurna.

Saya mengambil keputusan untuk tidak melakukan sebarang penggambaran sepanjang bulan puasa ini kerana ingin berehat dan fokus kepada persiapan perkahwinan. Persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.

Banyak masa saya sekarang ini dihabiskan untuk memastikan persiapan yang dilakukan berjalan seperti yang dirancang kerana saya mahu pastikan majlis tersebut kelihatan sempurna. Ternyata perasaan itu semakin gementar kerana majlis itu akan dilangsungkan tidak lama lagi iaitu pada 28 Julai ini.

Siti Saleha mengikat tali pertunangan dengan Lutfi Azhar pada 26 November 2016 selepas setahun berkenalan.

Sumber Berita : Astro Awani


Comments are closed.

Loading...