September 14th, 2015

Semalam telah pun berlangsung majlis resepsi perkahwinan Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Untuk makluman, mereka berdua telah pun selamat disatukan sebagai suami isteri minggu pada 6 September lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Raja Farah dan suami tampak sama cantik dan sama padan di majlis persandingan mereka yang turut dihadiri rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza.

raja farah dan suami

Semoga perkahwinan kali ini adalah yang terakhir buat Raja Farah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata secepat mungkin. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar EddiePhotoVideo.

P.S: Koleksi gambar-gambar comel musang

raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami
raja farah dan suami

September 6th, 2015

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Raja Farah (27 tahun) yang telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Iskandar Ismail (33 tahun). Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Ampuan Jemaah, Shah Alam kira-kira jam 11.51 pagi hari ini. Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran kedua-dua belah ahli keluarga. Raja Farah telah dinikahkan oleh ayahnya sendiri iaitu Raja Aziz Raja Ngah.

raja farah

Raja Farah telah menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan. Pihak pengantin lelaki telah menghantar lima dulang hantaran sementara pihak pengantin perempuan tujuh dulang hantaran. Untuk makluman, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma, Ampang. Sebelum ini, Raja Farah dan Iskandar Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu.

raja farah

Jutaan tahniah diucapkan kepada Raja Farah dan Iskandar Ismail atas perkahwinan ini. Semoga perkahwinan kedua buat Raja Farah ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Sekejap lagi Abang Nara muatnaik gambar sekitar majlis perkahwinan mereka. Kredit gambar EddiePhotoVideo.

November 15th, 2010

gambar kahwin nikah raja farah

Terima kasih kepada Nurul Huda yang menghantar email kepada kami untuk berkongsi dengan anda semua gambar perkahwinan atau pernikahan Raja Farah dan Megat. Seriously Raja Farah nampak sangat cantik dan manis di majlis perkahwinannya. Terasa rugi pulak tak mengorat Raja Farah dulu. Tahniah kepada Encik Megat sebab dapat bini cun melecun macam Raja Farah.

Untuk makluman, Raja Farah sememangnya tidak hamil. Sila jangan buat spekulasi kenapa Raja Farah berkahwin cepat.  Sepatutnya kita bergembira untuk Raja Farah dan suami. Tak gitu?

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Raja Farah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Amri Daud.

P.S: Video cium mulut ini menunjukkan yang orang Melayu pun boleh!!!

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

gambar kahwin nikah raja farah

November 13th, 2010

raja farah sudah kahwin

Berita ringkas untuk anda semua. Raja Farah sudah pun bergelar isteri kepada Megat Bashirun Qhuyum semalam (12 November 2010) dengan sekali lafaz sahaja. Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan suami. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan cepat-cepat menimang cahaya mata.

Raja Farah yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM888 dan tujuh dulang hantaran turut membalas sembilan dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Raja Farah seperti telefon bimbit iPhone 4, pewangi dan alat solek Dior, tas tangan Coach, pulut kuning, sireh junjung, dan lain-lain.

Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti telefon bimbit iPhone 4, dompet dan tali pinggang Dunhill, jam tangan Tissot, kek dan lain-lain. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak Raja Farah dan pihak keluarga suaminya.

gambar pertunangan mizz nina dan noh hujan

Sementara itu gosip pertunangan Mizz Nina dan Noh hujan akhirnya telah disahkan oleh salah seorang jemputan pada majlis tersebut. Majlis pertunangan Noh dan Mizz Nina telah diadakan secara ringkas dan dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat. Mereka berdua dikhabarkan akan bernikah pada tahun hadapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Mizz Nina dan Noh Hujan atas pertunangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan selepas ini.