Written by AbangNara | March 30th, 2019

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini telah pun berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar Perlis pagi tadi. Untuk makluman, Aidil telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300. Wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
gambar nikah fasha sandhaKedua-dua pasangan nampak berseri-seri dan memukau dengan baju pengantin serba putih. Memang bak pinang dibelah dua. Fasha Sandha telah melahirkan rasa kesyukuran majlis pernikahannya itu telah berlangsung dengan lancar dan berharap agar cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Kata Fasha:-

Allah sudah tetapkan jodoh kami dan saya mengharapkan hubungan ini kekal hingga akhir hayat. Alhamdulillah, majlis akad nikah selesai dengan sekali lafaz. Doakan kami bahagia dan cepat timang anak

gambar nikah fasha sandha

Tahniah sekali lagi diucapkan. Kami di BeautifulNara mendoakan agar perkahwinan Fasha kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Fasha Sandha dan Aidil Aziz dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram @FashaSandha.

 
Written by AbangNara | March 14th, 2019

Umum mengetahui pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Digelar “wedding of the year” oleh sesetengah pihak, pasangan sama cantik sama padan ini sempat mengabadikan detik-detik terakhir sebelum bergelar suami isteri menerusi satu sesi ‘photoshoot’ pra perkahwinan mereka. Berkongsi saat-saat penuh bahagia ini, Fasha telah memuatnaik sekeping gambar ‘pre wedding”nya untuk tatapan para peminat.

huawei p30

Memakai gaun perkahwinan serba putih, keanggunan dan kejelitaan Fasha Sandha jelas terserlah. Apa yang lebih menarik, perincian gaun yang digayakan oleh Fasha dapat dilihat daripada 3 jarak berbeza iaitu normal, dekat dan juga secara ‘close up’.

huawei p30

Rata-rata para peminat Fasha memuji ketelitian dan kesempurnaan gaun rekaan Azura Couture ini. “Dari jauh pun dah nampak memukau”, itu antara komen yang tertera di akaun Instagram Fasha Sandha. Fikir-fikir balik, satu-satunya smartphone yang mampu menyerlahkan segala perincian pada gaun Fasha walaupun dari jarak jauh tak lain tak bukan adalah Huawei, yang cukup terkenal dengan kehebatan kameranya.

huawei p30

Untuk makluman, Huawei Mate 20 Pro yang merupakan salah satu model daripada Huawei P20 Series mempunyai lensa tri-kamera. Lebih mengkagumkan, ia turut diiktiraf sebagai salah satu smartphone terbaik oleh DxOMark dengan jumlah 109 markah. Markah yang sama turut diberikan kepada Huawei P20 Pro. Senang cakap, semua kamera smartphone jenama Huawei power-power belaka!!!

huawei p30

Jadi berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh Fasha di Instagramnya, Abang Nara dapat simpulkan bahawa gambar pra perkahwinannya telah diambil menggunakan smartphone Huawei. Mungkinkah ia adalah salah satu smartphone daripada Huawei P30 Series? Adakah Fasha Sandha dan Huawei akan bekerjasama untuk memeriahkan lagi ‘wedding of the year’ ini?
huawei p30

Fuh, tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi antara 2 nama popular ini. Nampak gayanya tarikh keramat 26 Mac ini akan merungkai segala persoalan para peminat Fasha Sandha dan juga pengguna setia Huawei. Sama-sama kita nantikan.

Written by AbangNara | April 12th, 2012

Sebelum apa-apa, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha atas kejayaan memenangi Anugerah Bintang Popular untuk kategori Pelakon Drama Wanita Popular. Bagi Abang Nara, Fasha memang layak kerana kebanyakan drama lakonannya pada tahun 2011 semuanya meletup belaka. Dan Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah in advance atas pernikahan Fasha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

kad pernikahan fasha sandha

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-

Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.

Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.

Written by AbangNara | March 16th, 2012

Tidak lama lagi Fasha Sandha akan menamatkan zaman daranya dengan jejaka pilihan yang lebih popular dengan nama Jejai. Semenjak dua ini Abang Nara tengok wajah Fasha memang berseri-seri. Bakal pengantinlah katakan. Muka nampak bahagia all the time.
fasha sandha

Gambar di atas ialah ketika photoshoot Fasha Sandha secara ekslusif bersama Harian Metro. Berseri kan? Mengikut pengiraan Abang Nara, hanya dalam masa sebulan lebih Fasha akan bergelar isteri. Diharap persiapan akan berjalan dengan lancarnya.

Lagi 4 keping gambar Fasha Sandha, bakal pengantin yang berseri-seri dengan membaca entri ini sepenuhnya.