Written by Bella | July 9th, 2019

Pelakon Bella Dally menerusi akaun Instagramnya semalam meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan produksi drama Silang yang menggunakan gambar perkahwinannya bersama bekas suami, Nazim Othman sebagai salah satu prop di dalam drama tersebut.

Seakan tidak menghormati tuan empunya badan, pihak produksi turut menyunting gambar kahwin tersebut dimana wajah Bella digantikan dengan Emma Maembong.


Perkara itu mula diketahui Bella apabila mendapat beberapa mesej daripada rakan dan peminat yang bertanyakan soal itu yang sudah viral.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, Bella telah menghubungi penerbit drama itu iaitu Sheila Rusly. Sedar pihaknya telah melakukan kesilapan, Sheila dan juga salah seorang krew tampil memohon maaf.

Bella berharap selepas ini tiada lagi pihak yang memandang ringan isu sebegitu dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Terdahulu, penonton  perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura di dalam drama Silang sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella. Mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Suntingan itu nampak agak pelik sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

Written by Bella | July 8th, 2019

Tidak dinafikan drama Silang yang menceritakan kisah seorang pemuda disleksia lakonan Nazim Othman dan Emma Maembong mendapat pujian netizen. Agak jarang drama tempatan ingin mengetengkan isu seperti ini dan memaparkan realiti kehidupan mereka yang mempunyai penyakit tersebut.

Bagaimanapun, ada juga yang mengkritik drama tersebut kerana terdapat beberapa fakta tentang penghidap disleksia yang ditonjolkan tidak benar.

Bukan sahaja kekurangan fakta yang heboh diperkatakan, tetapi penonton turut perasan gambar perkahwinan Amir dan Dura sebenarnya hanya suntingan daripada foto perkahwinan Nazim dan Bella Dally.

Memang jimat bajet sungguh apabila mereka hanya ‘crop’ muka Bella dan digantikan dengan Emma. Nampak agak pelik pula sehingga menjadi bahan lawak netizen di media sosial.

Tidak mustahil ia mungkin sahaja  strategi ataupun gimik untuk orang ramai terus memperkatakan tentang drama tersebut. Tapi, kalau nak edit pun biarlah nampak cun. Heh.

Sumber Berita : Twitter