Written by AbangNara | November 16th, 2015

Ah Juliana Evans. Semakin hari semakin cantik, jelita dan menawan sungguh Juliana Evans. Tak berkelip mata memandang. Untunglah si jejaka yang dapat mencuri hati Juliana Evans satu hari kelak. Baru-baru ini, Juliana yang masih single telah meluangkan masa bersama rakan-rakannya pergi bercuti ke Indonesia. Cantik-cantik semua gambar yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya.

juliana evans

Walaupun begitu, terdapat komen-komen yang menegur pemakaian Juliana Evans ketika percutiannya di Indonesia ini. Salah satu gambar yang mencuri perhatian adalah gambar Juliana menunjukkan bahagian belakang bahunya.

juliana evans

Antara teguran-teguran serta kritikan-kritikan yang diterima ialah:-

juliana evans

juliana evans

Teguran tersebut memang wajar namun kadangkala ada yang terlampau kasar dalam teguran. Baguslah saling ingat mengingati. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Juliana Evans.

 
Written by AbangNara | September 7th, 2015

Abang Nara tak kisah korang nak cakap apa. Juliana Evans memang memukau sungguh di Festival Filem Malaysia ke 27. Sejak balik dari Amerika Syarikat, makin lama makin cantik Abang Nara tengok Juliana Evans ini. Untunglah jejaka yang dapat mencuri hatinya. Bijak, cantik, bergaya dan menawan. Pakej lengkap!!!
juliana evans

Tak sabar nak tunggu saat di mana Juliana Evans mengumumkan hatinya sudah dimiliki. Tertanya-tanya jejaka yang manakah akan berjaya mencuri hatinya. Sementara Juliana Evans masih single, marilah kita mengkagumi keindahan ciptaanNya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

juliana evans

P.S: Usop Wilcho Meghonjang Makhluk Muzium tengah hangat ditayangkan di pawagam sekarang. Rata-rata yang dah menonton melahirkan rasa puas hati. Confirm gelak tak berhenti punya tengok aksi Usop Wilcha dan rakan-rakan. Yang belum tengok silalah cepat ke pawagam berhampiran anda. Klik sini untuk lihat trailer.

 
Written by AbangNara | March 3rd, 2015

Yeah~~~~ Para jejaka di luar sana bolehlah menarik nafas legas. Si gadis yang cantik, menawan, jelita, cun melecun dan memikat iaitu Juliana Evans mengesahkan yang dirinya masih lagi solo. Tiada teman lelaki. Single. Still available. Desas-desus percintaannya dengan Sonaone baru-baru ini hanyalah sekadar usikan kawan-kawannya. Juliana Evans dan Sonaone tidak bercinta. Mereka sekadar kawan baik sahaja.

juliana evans bercinta dengan sonaone

Walaupun kebanyakan para peminat merestui sekiranya Juliana Evans benar-benar bercinta dengan Sonaone, hubungan mereka sebagai kawan sudah bermula sejak kecil lagi. Malah mereka juga telah rapat sebelum Juliana terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran. Secara jujur, memang Juliana dan Sonaone sama cantik sama padan. Kedua-duanya pun ada darah campuran. Kata Juliana:-

Saya jenis yang akan cakap terus-terang kalau benda itu betul. Biasanya saya tak ada masalah untuk mengaku cuma untuk gosip ini memang tak betul. Saya sudah agak benda ini akan jadi bualan. Bila saya kongsi gambar kami di media sosial, saya sudah tahu hal iniakan timbul. Hakikatnya saya sudah kenal dia lama.

Sejak dulu lagi, sebelum saya sambung belajar ke Amerika Syarikat kami memang berkawan rapat tapi tak ada apa-apa macam bercinta seperti yang dikecoh-kecohkan itu. Kami pun tak pernah keluar berdua saja. Kalau lepak di luar pun secara beramai-ramai. Mungkin kebetulan saya baru balik Malaysia jadi kawan-kawan saya mengusik.

juliana evans bercinta dengan sonaone

Lega Abang Nara mendengar kata-kata Juliana Evans. Hehehe. Eh, kenapa Abang Nara pulak yang lega? Maafkan saya. Diharap apabila Juliana Evans sudah bertemu cinta hatinya kelak, perkara tersebut tidak akan dirahsiakan. Buat masa ini, Juliana masih single, Sonaone pun masih single. Kalau nak mengorat dipersilakan. Lagi beberapa gambar Juliana Evans dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Harian Metro.

 
Written by AbangNara | November 7th, 2012

Penyebaran gambar Juliana Evans dengan seorang Mat Salleh yang bernama Nate Miller telah menimbulkan persoalan tentang status cinta Juliana Evans. Pasti ramai jejaka Malaysia sekiranya hati Juliana dicuri oleh si Nate ini.

juliana evans

Namun anda tak perlu risau kerana Juliana Evans telah membuat pengakuan yang dirinya masih single menerusi Twitter. Jadi peluang masih ada untuk anda semua. Yang penting, Zizan boleh menarik nafas lega. (eh tetiba).

juliana evans

Dan Juliana Evans masih sempat membuat lawak sarcasm kepada mereka yang menganggap dirinya telah rosak akhlak kerana menaiki bot dan keluar ke pantai. Agak panjang gelak Juliana Evans di situ. Mungkin kelakar dengan feedback yang diterima daripada peminatnya.