Written by AbangNara | June 23rd, 2013

Pagi  Ahad yang penuh dengan jerebu memang menyukarkan pernafasan dan mengaburi pemandangan. Namun mata Abang Nara terus terbuka luas apabila membaca Pancaindera hari ini yang bercerita mengenai status perkahwinan Jimmy Shanley. Memang terkejut dibuatnya!!!

jimmy shanley

Menerusi ruangan Gebang Syed, Jimmy Shanley dikhabarkan sudah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda. Kata sumber tersebut:-

Tak tahu nak cakap macam mana tapi memang Jimmy dah berkahwin dengan seorang wanita cantik berstatus janda sedikit masa lalu. Majlis tersebut pun tak dibuat besar untuk mengelak pengetahuan peminat. Tapi khabarnya isteri Jimmy memang kaya raya dan dalam kalangan orang yang banyak duit. Mungkin itu jodoh terbaik buat Jimmy setelah mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu.

jimmy shanley dah kahwin

Kalau benarlah berita ini, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jimmy. Semoga perkahwinan kali ini akan memberi kebahagiaan yang dicari-cari selama ini. Terlalu banyak derita yang telah ditempuhi oleh Jimmy di dalam perkahwinan sebelum ini. Sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada Jimmy mengenai perkahwinannya ini.

P.S: Cara melipat baju dalam masa 2 saat

Written by AbangNara | April 8th, 2013

Pastinya keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam ini amat mengecewakan buat Jimmy Shanley. Mahkamah telah memberikan hak penjagaan penuh anak perempuannya iaitu Zahrah Rania Shanley yang  berusia setahun sembilan bulan kepada bekas isterinya, Nursuhaila.
jimmy shanleyNamun begitu, Jimmy Shanley mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu. Kata Hakim Syarie Mawardi Che Man:-

Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis, 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir

Kira oklah tue kan? Akhirnya dapat juga Jimmy bermalam bersama dengan anaknya. Semoga dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak selepas ini dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mstar Online.

Written by AbangNara | December 7th, 2012

Hati seorang ayah pastinya sedih jika dihalang daripada bertemu dengan anaknya sendiri. Abang Nara boleh faham perasaan Jimmy Shanley. Pasti sedih tidak dapat berjumpa anak lebih-lebih lagi yang menghalang ialah bekas bapa mertua sendiri.
jimmyMenurut laporan Kosmo hari ini, Jimmy Shanley diharamkan daripada menjejakkan kaki ke rumah tempat tinggal anaknya di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh oleh bapa mertuanya, Datuk Suhaimy Othman sejak bulan Januari 2011. Kata Jimmy:-

Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa anak saya ke rumah saya sendiri.

Pasti Jimmy sedih kerana tidak dapat melihat keletah si comel Zahra Rania. Abang Nara turut simpati kepada Zahra Rania kerana tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Semoga bekas bapa mertua Jimmy Shanley terbuka hati untuk membenarkan mereka berdua bertemu. Sama-sama kita doakan.

Written by AbangNara | June 12th, 2012

Semalam, Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah gagal untuk mencapai persetujuan bersama tentang hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.  Untuk makluman, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Zahra Rania Shanley, 10 bulan.
jimmy
Menurut Harian Metro, Suhaila telah menawarkan hak penjagaan sama rata iaitu bergilir-gilir setiap minggu. Namun Jimmy tidak bersetuju dan mahukan hak penjagaan terhadap anaknya itu dibahagi sama rata dalam seminggu. . Namun, Nursuhaila tidak bersetuju dengan tawaran itu sebaliknya memberikan tawaran balas pula iaitu Jimmy boleh melawat dan bersama anaknya di rumah Nursuhaila.

jimmy

Oleh kerana persetujuan gagal dicapai oleh kedua-dua belah pihak, hakim telah menetapkan 28 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan hadanah (hak penjagaan anak) untuk pasangan suami isteri ini. Abang Nara doakan agar mereka berdua dapat mencapai kata sepakat demi kepentingan masa depan anak mereka sendiri.