May 4th, 2013

Dengan 2 kali lafaz, Jehan Miskin kini telah pun sah bergelar suami kepada Julie Kamelia Rhee yang merupakan seorang gadis Korea. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Carcosa Seri Negara kira-kira jam 2.40 petang dan diserikan dengan kehadiran 100 tetamu.

jehan miskin
Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM12,000 tunai berserta tiga dulang hantaran berupa beg tangan jenama Braun Buffel, komputer riba Apple dan set mandian. Manakala Jehan menerima tiga dulang hantaran berupa beg bimbit jenama Braun Buffel, pen Cross dan Ipad Mini.
jehan miskinJutaan tahniah diucapkan kepada Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee atas perkahwinan ini. Semoga mereka akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam perkahwinan buat mereka berdua.

May 11th, 2009

jehan miskin

Asyik-asyik layan gambar artis wanita Malaysia je mesti naik muak jugak kan? Jadi kali ini buat pembaca-pembaca blog wanita, kami paparkan gambar seorang pelakon yang tak akan kaya-kaya iaitu Jehan Miskin.

Sukar nak cakap sama ada Jehan Miskin ini memang hensem atau perasan hensem. Sekali tengok macam gigi dia agak jongang sikit. Dua kali tengok nampak macam lelaki Melayu terakhir pun ada gak.

Korang layan ajerlah 12 gambar-gambar Jehan Miskin dengan aksi perasan hensemnya. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk lihat lagi gambar Jehan Miskin.