Written by AbangNara | December 29th, 2013

Meriah sungguh majlis resepsi perkahwinan Fizo Omar dan Mawar yang telah dilangsungkan semalam di Selingsing, Pasir Puteh. 10 ekor lembu telah ditumbangkan untuk menjamu para tetamu yang hadir. Namun yang pastinya, kehadiran mantan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Aziz telah memeriahkan lagi majlis ini.

gambar resepsi fizo omar

Secara jujur, Abang Nara suka melihat Fizo Omar kerana dia adalah seperti seorang ikon kepada remaja Malaysia. Bermula dengan lakonan, kini Fizo telah mempunyai empayar perniagaannya sendiri. Bukan mudah, namun sikap Fizo yang tidak pernah putus asa dan gigih berusaha harus dicontohi ramai.

gambar resepsi fizo omar

Apa pun semoga dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz, majlis resepsi perkahwinan Fizo dan Mawar lebih diberkati dan dirahmati. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 19th, 2013

Amboi. Ramai betul hantar email kat Abang Nara suruh kongsikan lagi gambar bakal tunang Fizo Omar, si Mawar Abdul Karim ini. Kata mereka tak puas tengok muka Mawar yang redup, cantik dan manis. Siap ada buat perbandingan kata mereka Mawar dan Fizo memang ada iras-iras. Hebat betul pembaca BeautifulNara.

mawar

Jangan pula ada yang dengki kepada bakal pengantin kita ini dan buat cerita tak baik mengenai mereka berdua. Abang Nara tengok memang sweet betul diorang nie. Sama cantik sama padan. Lagipun dua-dua otak business. Insya Allah mereka berdua akan saling melengkapi.

mawarKepada lelaki di luar sana, tengok boleh tapi jangan tenung lama-lama. Kang terpikat pulak. Lagi beberapa keping gambar Mawar Abdul Karim dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber HasrulHassan dan Facebook Fareeda.

aircond murah

P.S: Telekung travel kembali lagi! Dengan warna terkini dan sangat sesuai untuk cik diluar sana yg sering travel ke sana sini.LIKE Facebook Gudang.my untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan.

 
Written by AbangNara | February 10th, 2013

Abang Nara respek Fizo Omar kerana mempunyai wawasan di dalam hidupnya. Fizo sedar yang kerjaya pelakon tidak akan menjamin masa depan. Maka Fizo tampil dengan francais Hot Burger yang kini sedang hangat di pasaran. Memang satu langkah yang bijak.

fizo omar dan kekasih

Berita kurang baik kepada gadis-gadis yang ingin memikat hati Fizo Omar. Hati Fizo sudah pun dimiliki oleh gadis di dalam gambar di atas. Gadis tersebut berasal dari Kedah. Sekali pandang, memang ada iras wajah mereka. Semoga perhubungan ini akan berterusan ke jinjang pelamin.

fizo omar dan kekasih

Baru-baru ini juga Fizo telah bercuti ke Beijing. Nampak meriah sungguh gambar-gambar yang telah dikongsikannya menerusi Instagram. Lagi 13 keping gambar Fizo Omar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
vco
P.S: “Kulit wajah saya bertambah baik selepas 1 minggu mengamalkan makan Virgin Coconut Oil”, itu adalah salah satu testimonial yang sering kami terima. So tunggu apa lagi? Hantar email ke [email protected] atau LIKE Facebook CantikBeautifulNara untuk sebarang pertanyaan.

 
Written by AbangNara | May 25th, 2010

gambar fizo omar dengan kekasih hati

Satu gambar membawa seribu pengertian. Mungkinkah gambar Fizo Omar dengan Intan Emyza ini boleh menjadi bukti yang mereka berdua sedang bercinta? Untuk pengetahuan, Intan Emyza adalah salah satu peserta untuk Dewi Remaja. Fizo Omar dan Intan Emyza kedua-duanya nampak serasi dan comel. Bak pinang dibelah dua.

Bercinta atau tidak, kita kena tunggu pengakuan daripada tuan punya gambar. Lagi gambar Fizo Omar dan Intan Emyza dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Eila (bukan nama sebenar) yang sudi berkongsi gambar ini.