April 29th, 2015

Bakal melahirkan bayi kembar pada bulan September ini, kehamilan Erin Malek sudah pun mencecah usia kira-kira 5 bulan. Menghadiri majlis Paranormal Studios semalam, baby bump Erin Malek makin jelas kelihatan. Malah seri ibu mengandung juga sangat jelas kelihatan di wajah Erin Malek. Makin cantik!!!

erin malek baby bump

Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat Erin Malek. Pasti Erin dan suami sudah tidak sabar lagi menunggu kehadiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan mereka. Semoga semuanya selamat sehingga hari kelahiran kelak. Lagi beberapa gambar baby bump Erin Malek yang semakin jelas kelihatan dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Romantis sungguh abang bomba ini buat sesi fotografi bersama tunang di hospital

erin malek baby bump
erin malek baby bump
erin malek baby bump
erin malek baby bump
erin malek baby bump
erin malek baby bump
erin malek baby bump

October 29th, 2014

Seronoknya melihat kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy. Setelah selesai dengan majlis perkahwinan, mereka berdua kini berada di Los Angeles untuk berbulan madu di sana. Banyak tempat-tempat menarik yang telah dijelajahi oleh Erin dan Farriz. Jeles pun ada jugak melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Erin Malek. Bilalah Abang Nara nak sampai sana. Huhuhu.

erin malek

Semoga bulan madu Erin dan Farriz akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri mereka berdua. Mana tahu balik nanti ada berita baik mengenai kehadiran orang ketiga. Tak gitu? Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
bin kareem jubahP.S: Smart sangat-sangat jubah Bin Qareem nie. Kalau pakai memang terserlah kemachoan anda. Belikanlah untuk suami tercinta. Sekali sekala bagi hadiah macam ini, pasti si suami tersenyum girang. Banyak lagi pilihan yang ada di www.familynara.com. Silalah tengok.

erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek
erin malek

October 14th, 2014

Sudah pun selamat bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, tiba-tiba gambar Erin Malek yang didakwa bersosial di Rootz KL telah pun tersebar hari ini. Pelik tetapi benar. Abang Nara tertanya-tanya motif si penyebar ini. Mungkinkah ada pihak yang kecewa, patah hati dan remuk hatinya apabila Erin Malek bergelar isteri sehingga sanggup menyebarkan gambar sebegini? Ish,ish,ish. Tak perlu kot cemburu sampai ke tahap begini. Biarlah Erin bahagia di samping suami tercinta.
erin malek bersosialKepada Erin Malek dan suami, pedulikanlah penyebaran gambar sebegini. Ini semua kisah lalu. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kisah silam bukan untuk dibuka sejarahnya. Yang penting adalah masa depan anda bersama. Jalani kehidupan sebagai suami isteri dengan tenang. Lagi 2 gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber OhMedia.

P.S: Wanita dibelasah oleh 4 wanita lain

erin malek bersosial
erin malek bersosial

October 11th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy yang telah disatukan sebagai suami isteri di dalam sebuah majlis pernikahan penuh meriah semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Erin Malek (20 tahun) telah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy (30 tahun) kira-kira 9.12 malam semalam di kediaman keluarga pelakon tersebut di Duta Suria, Ampang.

erin malek

Pada majlis tersebut, Erin Malek telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM30,000. Majlis bertemakan pernikahan dalam taman itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, sahabat handai dan para media.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

erin malek

Tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy atas pernikahan anda. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung malam ini di Hotel InterContinental, Semoga ia berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru!!! Kredit gambar Project2Pi.