Written by AbangNara | July 26th, 2015

Salah satu cabaran selebriti yang berhijrah ialah komen-komen daripada para pengikut mereka di laman sosial. Biasalah kadangkala ter’upload’ gambar baju yang kurang sesuai dengan imej bertudung. Baju terketat sikit, tudung tak cukup labuh dan sebagainya. Ada sesetengah manusia ini berlagak seperti Tuhan dan begitu cepat menghakimi seseorang. Kesilapan sekecil kuman pun boleh nampak. Terus ditegurnya habis-habisan. Kalau guna ayat yang positif tak apalah juga, ini ayat yang digunakan memang sentap dan ‘daring’ habis. Itulah yang terjadi kepada Emma Maembong.

emma maembong

Kadang-kadang Abang Nara tengok Instagram Emma Maembong dah jadi macam medan perang dah. Ada pihak mempertahankan Emma, dan ada pihak yang kutuk habis-habisan. Menariknya, pihak yang mengutuk ini tidak pula bertudung. Bak kata pepatah, kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Bagi Emma Maembong, kalau nak tegur, biarlah tegur secara berhemah dan positif. Kalau tegur melampau ini memang boleh sakit hati dibuatnya.

Soal hati dan ketetapan diri, biarlah antara saya dengan Tuhan. Saya juga terbuka dengan teguran tapi janganlah menegur seperti mereka itu sempurna. Ada yang tegur cara saya berpakaian selepas bertudung tak okey, saya terima dan ambil positif. Tapi ada yang lantang menegur tanpa sedar diri. Apabila dilihat diri mereka sendiri ada yang tak bertudung dan melakukan perkara yang lebih teruk.

Biasalah pengikut di laman Instagram ini ada yang nak cipta perhatian dengan memberikan komen pedas dan negatif. Kalau nak tegur pun atau menghukum orang pun, janganlah sampai begitu daring.

Saya memang jarang menyekat dan memadamkan komen yang ditulis bersifat negatif. Orang negatif sebegini adakalanya mereka tak cermin diri pun. Nak mengata orang, tapi diri sendiri lebih teruk. Normallah. Nasihat saya kepada orang sebegini, lebih baik nasihatkan diri sendiri dahulu. Senang cerita, nasihat positif saya ambil jadikan pegangan dan teladan manakala yang negatif itu saya tolak ketepi

emma maembong

Fuh memang pedas kata-kata Emma Maembong. Agak memalukan juga kalau kita menegur orang tapi tup-tup diri sendiri kantoi tak melakukan lebih baik daripada orang yang ditegur. Namun memang ada sesetengah manusia yang gemar menegur secara melampau untuk mencuri perhatian. Nak jadi femes sekelip mata. Mungkin mereka seronok apabila dapat banyak ‘notification’ di Instagram. Kurang kasih sayang mungkin. Hehehe.

emma maembong

Bak kata Emma Maembong, nak tegur tue boleh tapi tegurlah secara positif. Dan pastikan ayat yang digunakan itu berhemah. Kalau boleh janganlah sakitkan hati orang lain. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Emma Maembong dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 11th, 2015

Apabila Emma Maembong mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan Zizan Razak tidak pernah kembali bersama setelah dikatakan putus sebentar, telah membuatkan peminat tertanya-tanya apakah status sebenar hubungan mereka berdua.

Terbaru, Emma telah menjelaskan status hubungan sebenar bersama Zizan menerusi temubual eksklusif di H Live oleh Elly Arifin.

Menyulam kasih selama dua tahun, Emma jelas kelihatan sebak saat beliau bercerita mengenai Zizan Razak.

Untuk tahu lebih lanjut mari saksikan video dibawah:

Sumber Berita: Astro Gempak

 

Written by Bella | March 10th, 2015

Kisah percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong mempunyai beberapa perkara yang agak rumit kata orang. Sekejap sudah putus kemudian bersatu semula dan sebenarnya tidak pernah bertaut kembali.

Meskipun hubungan asmara Emma dan Zizan sudah berakhir. Aktres  jelita ini menyatakan beliau masih lagi berkawan baik dan menyokong kerjaya bekas kekasihnya itu. Walaubagaimanapun, buat masa ini Emma enggan menaruh sebarang harapan pada pelawak tersebut.

Kami sudah berkawan selama dua tahun dan kami saling mengenali keluarga masing-masing serta berbincang untuk ke peringkat seterusnya. Nak ke kita putuskan begitu saja?

Saya tidak pernah memberi kenyataan sama ada hendak kembali atau tidak dengan dia (Zizan). Semua ini bergantung pada soal jodoh namun buat masa ini saya tidak menaruh sebarang harapan padanya.

Orang luar membuat andaian bahawa saya berada disamping Zizan ketika dia senang saja adalah tidak benar sama sekali.

Bukan mudah untuk melupakan atau memadam begitu sahaja memori serta ikatan yang sudah terjalin untuk beberapa tahun. Kami sokong dengan tindakan Emma Maembong yang tidka mahu bermusuh mahupun berdedam dengan bekas kekasih kerana kedua-duanya berada dalam satu industri yang sama. Jika ada jodoh lagi buat mereka pada masa hadapan siapa yang tahu bukan?

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

Written by AbangNara | February 27th, 2015

Wow. Ok ini memang kejutan. Percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong memang dah macam drama Sepanyol. Penuh dengan kejutan, pendedahan dan ‘plot twist’ yang tidak pernah dijangka. Kalau selama ini ramai yang menganggap Zizan dan Emma sudah bercinta semula selepas berpisah sekejap, rupa-rupanya perkara tersebut tidak pernah berlaku. Untuk makluman, Zizan pernah mengumumkan yang hubungan mereka berdua telah pulih. Rupa-rupanya itu palsu belaka. Pergh!!! Tipah tertipu beb!!!

zizan emma

Anda keliru? Jangan risau sebab Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang keliru. Malah Emma Maembong turut sama memberi komen tentang kewujudan orang ketiga iaitu pegawai stesen Astro di dalam percintaan mereka. Fuh!!! Viva la espana real madrid barcelona!!! Kata Emma:-

Sebenarnya, saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan dia iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum. Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang. Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Saya tidak mahu ambil tahu (tentang gosip Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen) dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm… yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

zizan emma

Kini secara sahnya Emma Maembong dan Zizan Razak tidak lagi bercinta. Percintaan mereka telah lama hancur berkecai iaitu sejak pengumuman Emma Maembong yang pertama kali dulu. Walaupun dilihat sering bersama selepas kononnya bertaut semula, ternyata itu sekadar hubungan sebagai kawan. Semoga Emma dan Zizan bahagia dengan pilihan masing-masing. Jangan lepas ini tiba-tiba ‘bertaut’ lagi sekali. Heheheh. Sumber Mstar Online.