September 5th, 2012

Kira-kira dalam bulan Oktober 2011, Ayu Raudhah telah berkongsi berita kegugurannya setelah hamil 6 minggu. Pastinya berita tersebut sangat mengecewakan Ayu dan suaminya yang tidak sabar-sabar mendapat cahaya mata. Kemungkinan besar keguguran tersebut berlaku akibat Ayu terlalu bekerja keras.

ayu gugur

Berikutan itu, hari ini menerusi Utusan Malaysia, Ayu memberitahu yang dia akan mengambil untuk memberi fokus pada keluarga. Kata Ayu:-

Mungkin akibat terlalu bekerja keras, saya mengalami keguguran. Memandangkan saya dan suami sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat, rasanya adalah lebih baik untuk saya mengambil cuti buat masa ini.

Ini sememangnya satu langkah bagus yang telah diambil oleh Ayu Raudhah. Kerja tue kerja jugak, tetapi keluarga harus diutamakan. Lebih-lebih lagi bab mengandung ini susah nak dikesan pada waktu permulaan. Semoga dengan rehat secukupnya Ayu dan suami akan dipermudahkan untuk mendapat zuriat. Sama-sama kita doakan.

P.S: Kucing-kucing bergaya dengan tali leher.