Written by AbangNara | August 14th, 2014

Serius Abang Nara cemburu sangat-sangat melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Anzalna menerusi akaun Instagramnya. Mana tidaknya, hampir kesemua negara Eropah yang berada dalam senarai wajib lawat Abang Nara telah pun dijejaki oleh Anzalna. Lagi cemburu sebab kesemua gambar-gambar yang diambil sangat ‘smart’ dan menyerlahkan kejelitaan Anzalna. Untuk makluman, ini adalah percutian Anzalna bersama ahli keluarganya. Confirm meriah!!!
anzalna di eropahAntara tempat yang dilawati oleh Anzalna ialah Paris, Swiss, Monaco, Venice dan Spain. Salah satu gambar yang dimuat naik Anzalna menunjukkan dirinya di sebelah logo pasukan bola sepak Barcelona. Nasib baiklah Abang Nara minat Real Madrid. Jadi tak adalah nak jeles sangat. Hehehe. Nanti kalau Abang Nara dapat pergi Spain nak juga buat posing bergambar macam yang dilakukan Anzalna. Cute kot.
anzalna di eropah

Semoga percutian ini akan merapatkan lagi hubungan ahli keluarga Anzalna. Seronok juga sekali sekala bercuti beramai-ramai ke luar negara. Lagi beberapa gambar yang bakal membuatkan anda cemburu dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | October 17th, 2012

Hebat sungguh penangan drama Adam dan Hawa. Impak yang diterima bukan sahaja kepada pelakon utama seperti Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, malah Anzalna yang membawakan watak Dee (bekas kekasih Adam) turut menerima tempiasnya. Mana taknya, akibat lakonan menggodanya, peminat fanatik Aaron Aziz telah mengecam Anzalna.

anzalna dibenci

Apa pun kecaman yang diterima oleh Anzalna ini patut dibanggakan kerana ini menunjukkan lakonannya menjadi. Biasalah watak jahat memang selalu dibenci orang ramai. Diharap para penonton tidak terlalu fanatik dan dapat membezakan dunia lakonan dan dunia realiti. Kata Anzalna kepada portal Murai:-

Saya menerima pelbagai tohmahan daripada peminat fanatik Aaron Aziz yang ramai. Mereka marah dan kecam saya di akaun Twitter milik saya kerana adengan menggoda saya yang menyandarkan bahu dan berpegangang tangan. Rasa takut dan fobia juga bila alami keadaan begini tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak mempedulikan mereka yang memarahi saya kerana ternyata itu hanyalah lakonan sahaja. Terus-terang, saya pun malu membawakan adengan tersebut dan saya rasanya ia tidak keterlaluan. Jika tidak, sebenarnya saya disuruh untuk lebih intim dengan berpelukan, namun saya tidak berbuat demikian kerana saya sendiri agak segan. Saya faham apa yang peminat Aaron Aziz fikirkan tetapi saya hanya menjayakan watak saya dan saya harap peminatnya akan faham bahawa ianya hanya sebuah lakonan

anzalna

Abang Nara masih ingat lagi satu ketika dahulu Abang Nara benci gila dengan Aaron Aziz di dalam drama Nora Elena. Nasib baik Abang Nara tak sempat nak mengikut drama Adam dan Hawa ini. Kalau tak mesti Anzalna pun kena maki sedas dua dengan Abang Nara. Apa pun cacian dan makian yang diterima apabila anda melakonkan watak jahat menandakan lakonan anda sangat padu dan berkesan. Tahniah diucapkan.

Written by AbangNara | September 27th, 2012

Lama tidak mendengar khabar Anzalna selepas kontroversi yang melanda dirinya bersama Neelofa. Pasti Anzalna sedang sibuk berlakon untuk filem-filem dan drama-drama terbaru. Semoga tahun 2012 yang tinggal beberapa bulan ini akan meninggalkan kenangan manis buat Anzalna.

anzalna

Abang Nara tak reti sangat bab-bab makeup nie tapi bulu kening Anzalna memang nampak lain daripada yang lain. Tertanya-tanya juga hiasan apa yang digunakan. Apa pun Anzalna memang nampak gorgeous meletup menghiasi muka depan majalah EH! yang terbaru ini. Jangan lupa dapatkannya di kedai buku berhampiran anda.

anzalna

P.S: Untuk anda yang masih belum menjumpai photographer untuk majlis perkahwinan yang akan tiba, BlissCandid sedang mengadakan promosi besar-besaran. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook BlissCandid.

Written by AbangNara | January 17th, 2012

Selain daripada Neelofa dan Izara, Anzalna merupakan seorang lagi produk daripada Dewi Remaja 2011. Walaupun agak kurang popular berbanding 2 rakannya yang lain, Anzalna masih dihujani dengan pelbagai tawaran berlakon. Abang Nara pernah berjumpa face to face dengan Anzalna, memang cute orangnya (tapi wife Abang Nara tetap terpaling cute).

anzalna

Sekali imbas ada iras-iras Memey Suhaiza jugak kan si Anzalna nie? Lagi 7 gambar Anzalna dengan membaca entri ini sepenuhnya.