June 18th, 2013

Masih belum terlambat rasanya untuk Abang Nara mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pemenang Anugerah Blokbuster 2 yang telah berlangsung Sabtu lalu. Undian adalah 100% daripada peminat jadi kalau anda tidak mengundi, tak perlu mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan.

blk31

Juga masih belum terlambat untuk Abang Nara kongsikan lagi beberapa keping gambar sekitar karpet merah Anugerah Blokbuster 2. Hampir kesemua selebriti-selebriti yang hadir tampil dengan begitu menawan dan kacak sekali. Acara karpet merah ini telah  diacarakan oleh Hanis Zalikha.

Advertisement

blk31

Yang paling mencuri perhatian sudah tentu kehadiran Neelofa ditemani dengan Hans Isaac. Adakah mereka sudah berani mengakui percintaan di antara mereka berdua? Pasti luluh hati jejaka-jejaka di luar sana jika perkara ini adalah benar. Hehehe.
blk31

Kehadiran Bobo juga turut mencuit hati para penonton. Walaupun dikatakan terlalu “over” ketika persembahannya dengan Shae, populariti Bobo tidah boleh dinafikan. Lagi 30 keping gambar sekitar karpet merah Anugerah Blokbuster 2 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Ryaniez Moments Photography.

P.S: Bayaran bulanan Proton Saga SV bermula daripada RM250 sebulan.

blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31blk31

Advertisement
May 20th, 2013

Sukarnya untuk membuat pilihan. Antara Lisa Surihani, Nora Danish, Neelofa, Juliana Evans dan Tiz Zaqyah, yang mana satukah harus Abang Nara pilih? Niat di hati nak pilih Nora Danish kerana kecomelannya, namun kang tak pasal-pasal kena debik dengan wife Abang Nara. Camner nie?

anugerah blokbuster

Eh ~~ Korang jangan salah sangka pulak. Bukannya Abang Nara kena pilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan calon bini kedua. Abang Nara tengah keliru nak berikan undian kepada siapa untuk kategori Heroin Terhebat Anugerah Blokbuster 2. Kesemuanya hebat-hebat dan mantap-mantap kot!!

Advertisement

anugerah blokbuster

Itu baru 1 kategori. Ada 13 kategori kesemuanya yang dipertandingkan dalam Anugerah Blokbuster 2 ini. Memang pening kepala dibuatnya. Mahu ambil masa 2,3 jam juga untuk membuat pilihan yang tepat. Kena undi berdasarkan mutu lakonan yang ditunjukkan, bukan sekadar paras rupa semata-mata.

anugerah blokbuster

Ada 2 cara untuk mengundi. Tidak perlu menggunakan dakwat kekal, Abang Nara hanya perlu ke laman web Anugerah Blokbuster 2 dan login Facebook di situ. Bila dah login, terus boleh mengundi dengan klik gambar “thumbs up”. Undian secara online ini hanya boleh untuk seorang sahaja bagi setiap kategori. Mudah kan

anugerah blokbuster

Cara mengundi yang kedua ini paling Abang Nara suka. Undi guna SMS. Korang follow je langkah-langkah di dalam gambar di atas. Yang penting, pastikan kategori dan nombor calon anda betul. Kesemua info itu boleh didapati di laman web Anugerah Blokbuster 2. Apa-apahal check dulu sebelum hantar SMS. Kalau salah kang rugi pulak.
anugerah blokbusterAnugerah Blokbuster 2 akan berlangsung pada 15 Jun 2013 dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria bermula jam 8.30 malam. Undian pula akan ditutup tepat jam 12 tengah hari 15 Jun. Jadi korang kenalah cepat mengundi pelakon-pelakon kegemaran korang. Untuk info lanjut, layari www.anugerahblokbuster.com.my.

Advertisement