June 19th, 2018

Aidifiltri kali ini pastinya lebih bermakna buat Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga kerana kehadiran cahaya mata mereka iaitu Siti Aafiyah. Jelas terserlah kegembiraan dan kemeriahan di dalam setiap keping gambar yang dikongsikan oleh penyanyi nombor 1 negara ini. Seronok melihat kecomelan Aafiyah di samping ibu dan ayahnya. Rasa nak cubit-cubit je si pipi merah ini.

siti nurhaliza

Siti Aafiyah juga bertuah kerana turut sama dapat menyambut lebaran dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

siti nurhaliza

Semoga Aidilfitri ini membawa lebih berkat dan keseronokan buat Datuk Siti Nurhaliza sekeluarga. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Makin slim Datuk Siti. Cun melecun skang nie!!!

image

aa10

aa11

aa12

aa2

aa3

aa4

aa5

aa6

aa7

aa8

aa9

March 25th, 2018

Sudah tujuh hari bergelar ibu dan melahirkan seorang bayi perempuan comel yang menggunakan gelaran Fatimah Az-Zahra untuk sementara waktu, hari ini Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiawa bakal mengumumkan nama sebenar anak sulung mereka bersama.

Difahamkan, mereka akan mengadakan majlis tahnik dan juga maulud nabi yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman YouTube SitiOfficial Video.

Siti menerusi akaun Instagramnya juga buat pertama kali berkongsi video anaknya dengan umum. Rata-rata netizen memuji kecomelan Fatimah Az-Zahra dan wajahnya mirip sekali dengan ibunya.

Sama-sama kita nantikan nama apa agaknya Siti Nurhaliza dan Datuk K akan berikan kepada puteri mereka.

March 20th, 2018

Malam semalam, seorang individu menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik foto seorang bayi sedang dipangku dan mengatakan bayi berkenaan adalah anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Foto tersebut menjadi viral dan ada pihak yang mengutuk tindakan invidu tersebut yang tidak menghormati privasi Siti Nurhaliza yang belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Menerusi satu kenyataan kepada portal BH ONLINE, Datuk K mengesahkan foto bayi tersebut adalah anak perempuan mereka. Walaubagaimanapun, beliau terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit yang menyebarkan foto anaknya itu.

Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas.

Dalam pada itu, Datuk K memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra hanyalah gelaran sementara anaknya. Beliau bakal mengumumkan nama sebenar dalam tempoh seminggu megikut sunnah nabi.

Sumber Berita : BH ONLINE

November 27th, 2017

Semalam, buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi video imbasan bayi dalam kandungannya yang kini sudah memasuki usia lima bulan menerusi akaun Instagramnya.  Video tersebut membuatkan peminat merasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan kelahiran anaknya sekitar bulan Mac nanti.

Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadam tetapi berdasarkan perbualan doktor bersama Siti, beberapa netizen mengagak beliau bakal menimang cahaya mata perempuan.

Buat masa ini, Siti belum mendedahkan jantina bayinya. Apa-apa pun, kami harap ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat. Pastinya seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat Siti.

Sumber Berita : mStar Online