January 14th, 2010

lisdawati

Kagum kami dengan gambar Lisdawati yang terbaru nie. Kagum bukan sebab apa, kagum kerana kehebatan Lisdawati menjaga bentuk badan dia agar sentiasa kelihatan mantap. Baru lepas beranak je Lisdawati nie. Teknik menjaga bentuk badan oleh Lisdawati ini memang wajib dicontohi oleh wanita-wanita yang bergelar isteri. Barulah laki tak gi carik pompuan lain.

Selalu kalau wanita-wanita Malaysia nie lepas terberanak jer badan akan mengembung semacam. Bila dah start mengembung tue memang payah nak turun balik. Tapi Lisdawati nie rileks je dia badan macam time anak dara dulu. Ada apa-apa tips tak kak Lisda? Boleh share ngan readers BeautifulNara yang kebanyakannya adalah insan yang bergelar wanita?

Kepada Fauzi suami Lisdawati, tahniah kerana mendapat seorang isteri yang tahu menjaga badan. Sila jangan dia dengan sebaik mungkin dan tidak membuat perangai atau pun skandal. Sekian pesanan penaja.

November 6th, 2009

anak lisdawati

Memang tahun 2009 nie tahun artis-artis Malaysia dapat anak. Yang terbaru pasangan Lisdawati dan Fauzi semalam selamat menyambut kelahiran anak perempuan kedua diorang. Nama anak pun best. Nur Aina Faznessya. Makna dia pun best gak. Nur (cahaya), Aina (mata) Fazneesya (kesempurnaan atau kebaikan). Kiranya maksud dia Cahaya Mata Paling Sempurna la.

Tahniah buat Lisdawati dan Fauzi. Semoga makin bertambah-tambah rezeki anda. Nanti kalau ada gambar anak diorang kami sharekan kat sini.

P.S: Dah hampir 2 bulan kitorang guna XPAX Blackberry Curve 8520. Memang puas hati dan berbaloi sangat-sangat. Time tengah dalam toilet membuang apa yang sepatutnya dibuang pun sempat lagi kitorang online dan baca komen korang semua. Memang sesuai sangat XPAX BB nie untuk orang yang gile online macam kami nie.