November 17th, 2014

Romantis juga rupanya Alyah ini. Setelah rahsia perkahwinan mereka terdedah, kini Alyah tidak lagi malu-malu untuk mengucapkan kata romantis buat suaminya tercinta, Datuk Ramli MS. Menerusi akaun Instagramnya, Alyah telah menitipkan bait-bait ayat yang pastinya mencairkan hati Ramli MS bersempena dengan hari jadi suaminya itu.

alyahBerkongsi gambar suaminya yang penuh macho di atas, Alyah telah menulis:-

Selamat ulang tahun Datuk Hj Ramli Mohammed Saleh,kamu adalah lelaki yg terbaik dikurnia kan oleh Allah swt buat saya.Semoga dilimpahi kasih syg,kesihatan yg baik,Diberi rezeki yg berkah jg berkat & Semoga sentiasa dipeluk Allah swt.Jg semoga Apa yg kita ada kekal hingga ke syurga Allah swt.

alyah
Selamat hari jadi juga Abang Nara ucapkan kepada Datuk Ramli MS. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki (mana tahu bakal timang anak lagi) dan diberikan kreativiti untuk terus berkarya. Semoga perkahwinan anda dengan Alyah akan sampai syurga.

September 3rd, 2014

Yeah~~~ JAIS telah pun mengesahkan dokumen perkahwinan Datuk Ramli MS dan Alyah yang berlangsung di Batam, Indonesia pada 18 Mac 2013 adalah memuaskan hati jabatan tersebut. Ini bermakna perkahwinan mereka boleh didaftarkan di Malaysia tanpa sebarang masalah. Malah Datuk Ramli MS dan Alyah juga memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan dijalankan. Untuk makluman, Ramli MS telah hadir ke JAIS semalam (2 September 2014) untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pernikahannya dengan Alyah.

jais ramli ms

Berikut ialah kenyataan akhbar daripada JAIS:-

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Dato Ramli Bin Mohamed Salleh telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan pada jam 3.00 petang. Dokumen yang dipohon oleh JAIS telah diserahkan kepada pegawai penyiasat. Antara dokumen yang diserah adalah pasport perjalanan Noor Hasilah Binti Abu Hasan, pasport perjalanan Dato Ramli bin Mohamed Salleh dan buku nikah pasangan suami & isteri.

Bagi melengkapkan siasatan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon agar Dato Ramli Bin Mohamed Salleh menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan beliau. Keterangan diberikan oleh pihak beliau memuaskan hati Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan siasatan berjalan lancar berikutan kerjasama yang diberikan pihak beliau. Sebagai makluman umum, tarikh pernikahan Dato Ramli Bin Mohamed Salleh bersama Noor Hasilah Binti Abu Hassan adalah pada 18 Mac 2013.

alyah ramli ms

Alhamdulillah semua berjalan lancar buat pasangan ini. Harap-harap Ramli MS dan Alyah cepat-cepat mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia. Manalah tahu ada berita gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam masa terdekat ini. Tak adalah timbul sebarang masalah jika perkahwinan dah didaftarkan. Apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

P.S: Kisah Claudio, lelaki yang mempunyai kepala terbalik

April 28th, 2014

Sehingga ke hari ini, status hubungan antara Alyah dan Ramli MS masih menjadi persoalan ramai. Ada desas-desus menyatakan mereka sudah berkahwin, ada pula menyatakan sebaliknya. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan konkrit sama ada dari Alyah atau pun dari Ramli MS sendiri. Senang cerita, kita masih diselubungi misteri.

ramli ms dan alyah

Berkata kepada BiPop semalam, Alyah ternyata lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menafikan sebarang spekulasinya dengan komposer muzik itu. Menurut Alyah, segala persoalan ini akan dirungkaikan olehnya hujung tahun ini. Kata Alyah:-

Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang berlegar dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.

Saya sendiri mengharap ada penamat di atas semua yang menjadi tanya tanya selama ini. Saya sedar benda ini terus berlarutan dan ramai yang akan bertanya. Selalunya orang akan tanya saya dan bukan dia (Ramli MS). Insya Allah akan tiba masanya, Alyah tanpa ragu akan merungkaikannya.

Selama ini, kalau pihak saya saja yang bersedia untuk menjelaskan sesuatu dan tidak di pihak sebelah sana, ia tak boleh terjadi juga. Dalam hal ini, banyak hati yang perlu dijaga. Saya tak boleh sewenang-wenangnya bertindak atau membuat keputusan sendiri.

Sekali lagi buat peminat atau sesiapa saja di luar sana tidak kira yang menyukai mahupun membenci diri ini, saya dengan rendah hati memohon doa daripada anda semua supaya pengakhirannya nanti terbaik buat semua.

ramli ms dan alyah

Macam ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Alyah dalam kata-katanya di atas. Tak apalah Alyah. Pasti Alyah ada sebab tersendiri yang amat kukuh untuk tidak menjelaskan status dirinya. Yang penting, asalkan Alyah bahagia di samping orang tersayang sudahlah. Cuma satu hari nanti, apabila sudah bersedia, bolehlah buat kenyataan sidang media untuk memperjelaskan segalanya. Semoga hari itu akan tiba secepat mungkin. Insya Allah.

P.S: Fotografi makro embun yang sangat jelas