December 15th, 2013

Semalam telah pun berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 20. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berjalan dengan begitu lancar dengan Nabil dan Aznil Haji Nawawi menjadi pengacara. Abang Nara suka dengan gandingan mereka berdua terutama Nabil yang sangat menjadi lawaknya. Walaupun ada sesetengah berpendapat lawak Nabil agak kasar, namun kehadiran Paknil untuk meng”cover” sedikit sebanyak meredakan suasana.
keputusan aim20Pemenang besar AIM20 kali ini tidak lain tidak bukan ialah Hafiz Suip dan Yunalis Zarai. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Selain itu Hafiz juga mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album “Luahan Hati Anak Seni” nyanyiannya. Sementara itu Yunalis Zarai menebus kembali kekecewaannya akibat penarikan kemenangan lagu “Penakut” pada AIM18 dengan memenangi kategori Lagu Terbaik AIM20 menerusi lagu Lelaki.
keputusan aim20Shila Amzah juga turut cemerlang dengan membawa pulang Anugerah Kembara. Kemenangan yang wajar diberikan kepada Shila kerana keputusan cemerlangnya dalam pertandingan Asian Wave. Apa kata anda mengenai AIM20? Menarik? Adakah keputusannya menepati tekaan anda? Baca artikel ini sepenuhnya untuk keputusan penuh AIM20 untuk tatapan anda:-

1. Album Terbaik

Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip

2. Lagu Terbaik

Lelaki – Yuna

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta

5. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

Saujana – Salam Atasmu

6. Lagu Pop Terbaik

Lelaki – Yuna

7. Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih

8. Kulit Album Terbaik

Penglipur Lara – Hazama

9. Rakaman Album Terbaik

Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip

10. Video Muzik Terbaik

#1 – Pretty Ugly & Altimet

11. Lagu Pop Etnik Terbaik

Pahlawan Zafana – Ihab Ismail

12. Lagu Nasyid Terbaik

Mawar Berdarah – Rabbani

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

In The House – Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE!

14. Lagu Hip Hop Terbaik

Aku Pelat – Salam Muzik Feat Zion Dread

15. Video Muzik Terbaik

Pretty Ugly Feat Altimet (Perez Oldskool)

16. Lagu Rock Terbaik

Di Bawah Gerbang Skaea – Amy Search

17. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Hilang Naluri – Once

18. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Bila Resah – Anuar Zain & Dayang Nurfaizah

19. Anugerah Sri Wirama

Tan Sri Dr Tony Fernandez

20. Anugerah Kembara

Shila Amzah

21. Artis Baru Terbaik

Alex Subryn

Advertisement