Written by AbangNara | December 15th, 2013

Semalam telah pun berlangsung Anugerah Industri Muzik (AIM) yang ke 20. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini berjalan dengan begitu lancar dengan Nabil dan Aznil Haji Nawawi menjadi pengacara. Abang Nara suka dengan gandingan mereka berdua terutama Nabil yang sangat menjadi lawaknya. Walaupun ada sesetengah berpendapat lawak Nabil agak kasar, namun kehadiran Paknil untuk meng”cover” sedikit sebanyak meredakan suasana.
keputusan aim20Pemenang besar AIM20 kali ini tidak lain tidak bukan ialah Hafiz Suip dan Yunalis Zarai. Vokal Hafiz terbukti sukar ditandingi apabila memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki). Selain itu Hafiz juga mengungguli kategori Album Terbaik menerusi album “Luahan Hati Anak Seni” nyanyiannya. Sementara itu Yunalis Zarai menebus kembali kekecewaannya akibat penarikan kemenangan lagu “Penakut” pada AIM18 dengan memenangi kategori Lagu Terbaik AIM20 menerusi lagu Lelaki.
keputusan aim20Shila Amzah juga turut cemerlang dengan membawa pulang Anugerah Kembara. Kemenangan yang wajar diberikan kepada Shila kerana keputusan cemerlangnya dalam pertandingan Asian Wave. Apa kata anda mengenai AIM20? Menarik? Adakah keputusannya menepati tekaan anda? Baca artikel ini sepenuhnya untuk keputusan penuh AIM20 untuk tatapan anda:-

1. Album Terbaik

Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip

2. Lagu Terbaik

Lelaki – Yuna

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta

5. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)

Saujana – Salam Atasmu

6. Lagu Pop Terbaik

Lelaki – Yuna

7. Persembahan Vokal/Duo Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih

8. Kulit Album Terbaik

Penglipur Lara – Hazama

9. Rakaman Album Terbaik

Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip

10. Video Muzik Terbaik

#1 – Pretty Ugly & Altimet

11. Lagu Pop Etnik Terbaik

Pahlawan Zafana – Ihab Ismail

12. Lagu Nasyid Terbaik

Mawar Berdarah – Rabbani

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

In The House – Goldfish & Blink Feat Altimet & ZE!

14. Lagu Hip Hop Terbaik

Aku Pelat – Salam Muzik Feat Zion Dread

15. Video Muzik Terbaik

Pretty Ugly Feat Altimet (Perez Oldskool)

16. Lagu Rock Terbaik

Di Bawah Gerbang Skaea – Amy Search

17. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

Hilang Naluri – Once

18. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Bila Resah – Anuar Zain & Dayang Nurfaizah

19. Anugerah Sri Wirama

Tan Sri Dr Tony Fernandez

20. Anugerah Kembara

Shila Amzah

21. Artis Baru Terbaik

Alex Subryn

68 responses to Hafiz Suip & Yuna Menang Anugerah Utama AIM20

  1. hafizthebest says:

    the best! nabil x over better than anugerah2 yg bosan before ni =)

    0

    0
    • siput sedut says:

      Malaysia ni kekurangan penyanyi dan lagu, apa kata persatuan seniman tetapkan dlm setahun, artis kita kena terbitkan byk lagu yg sedap didengar dan berkualiti, radio jugak WAJIB stop lagu indon dan utamakan lagu Malaysia. aku bukan apa cer tgk yg menang ni kebanyakkan artis yg sama..artis ni jugak yg masuk AJL..nampak benar kita ni ketandusan artis

      0

      0
      • Olga says:

        Siti kalah….
        bermula zaman kejatuhan Siti!
        karier makin merudum..
        anak pun xde.. sedihnya kisah hidup seorang Diva di penghujung hayatnya..

        0

        0
        • Anonymous says:

          tp dia tetap jutawan!
          kau apa ada??
          owh ade pc/laptop utk jd keyboard warrior..

          0

          0
        • Anonymous says:

          seriously!
          aku menyamph dgn org yg sesuke hati mengata org perihal anak.
          itu kuasa Allah. taw x kurniaan anak ni satu bende yg sensitif untuk perempuan yg dh kawen lama..
          p/s : sbelum ko kata aku terasa lebih, aku x kawen lg tp aku ade human sensitivity

          0

          0
        • Say No says:

          Ko dah kenapa Olga? komen mcm org cetek akal. at least dia membina masjid n yayasan untuk kanak2 susah. kau Hadoo??

          0

          0
        • Didi says:

          Nabil is the best!! Dia yang hiburkan anugerah ni. Paknil pun tiptop. Anugerah paling boom boom paw tahun ni. Anugerah lain, langsung tak best.

          0

          0
        • Nurul says:

          olga mulut besar..sedih dgn sikap sesetengah manusia yg sering sakit hati dgn setiap jatuh bangun orang lain..klu pun die xde anak,ko ade pape masalah ke wahai olga bermulut longkang yg luas lg lebar..sekurang-kurangnya die punya harta utk mse tua die,kau????die xde anak pun,die xde dosa abaikn ank,xde dosa pukul ank..ucapkan sj alhamdulillah…

          0

          0
        • mizz says:

          olga giler perhatian…

          0

          0
        • liz says:

          lawaknya komen ko olga
          murahan sangat
          kita boleh tengok masa live sabtu hari tu, everytime muka siti on screen orang masih sorak kuat untuk dia…even waktu dia komen utk segmen wirama tony fernandez… sampi aku pun confuse, sapa yg dapat anugerah ni sebenarnya…sebab setiap kali muka siti keluar mengomen org dok shout kat dia…jarang artis malaysia macam tu…
          and u know what olga, apa yg tone fernandez compliment siti masa di akhir ucapannya tu was definitely true! tengok ajelah performance dia nyanyi lebih indah goosebump ke tak goosebump

          0

          0
        • mia says:

          olga ni ade dimane-mane. kt ohbulan pn slalu pos komen sengal die ni. ko ni hadap blog hiburan 24 hours ke???

          0

          0
        • Anonymous says:

          komen orang x bertamadun… otak letak kat tapak kaki… kalau suatu hari benda yang sama berlaku kat ko, ingatlah komen yang ko buat kat orang tu…..

          0

          0
        • roro sipendekar says:

          apa masalah ko ni Olga? ko ni de msalah jiwa ke? pandai2 ko tentukan kisah hidup seseorg, ko tu sape? nasib penghujung hyat ko sndripun ko tak tahu.. nikan pulak nsib org lain… istigrfar banyk2 Olga, ingat ALLAH, jgn ko ingt ko tu hebat sngt… nanti jari ko yg menaip tu akan disoal… ada pulak yg bodoh mcm si olga tu.. boleh like apa kata dia.. eash3.. dunia2, yang like 16 orang tu… ikut samalah dgn si Olga tu.. jenuhlah korang menjawp nun disana.. melanggar hukum Allah, menidakkan qada & qadar…

          0

          0
        • SI EMPATI says:

          Kasihan si olga. Mungkin beliau belum pernah merasai kejatuhan. Mungkin juga segala perancangan beliau sentiasa dimakbulkan Tuhan tanpa gagal. Olga bukan manusia barangkali.

          0

          0
        • Baby ZS says:

          Olga..doakan CT dpt baby cute cam I….

          0

          0
        • Neeolngok says:

          Tolong la ABP nanti…ambil la Nabil dan Pak Nil..

          Best la lawak…menjadi.

          0

          0
        • zaza says:

          aq bukan peminat Dato Siti, tp tk baik dow ko ckp mcm tue. nmpak sgtt hati ko ni busuk mcm bangkai , mcm E*** F*****

          0

          0
      • oon says:

        pasal kekurangan penyanyi tu, saya tak setuju…kita ni terlalu ramai penyanyi cuma x mencapai kualiti…kadang2 pencipta lagu ni akan memilih artis yg berkebolehan yg mampu membawa lagu mereka ke tahap yg diluar jangka……dulu org cakap, asyik2 siti jer menang, kalau dh terbukti memang handal, 10 lawan 1 pun, yg sepuluh pun boleh kalah…. :) yg penting, jgn jadi artis ala kadar jika nak berjaya…hafiz memang layak!

        0

        0
        • dena says:

          aku rase hafiz ni skarang mcm siti nurhaliza versi lelaki… buh kat lagu ape pun sure menang..bagi lagu apa pun kompem sedap..

          kenapa nk dipertikaikan siti kejatuhan ke x… sbb siti sekarang tak sama mcm dulu.. setahun satu album..12lagu..semua hits… sekarang 3tahun satu album..tp sama jugak semuanya hits…pencalonan baru ni pun utk satu lagu je pun.

          Yunalis zarai…org ade telinga je tahu kenapa lagu die menang.

          0

          0
        • shahz says:

          bagi aku AIM kali ni x bosan sebab nabil byk buat lawak melalui lawak2nya yg byk membahan org.. actually aku suka AIM dari thn 1993 sampai 2005 je kot.. lepas tu aku dah x brp tgk sebab dah x banyak album keluar utk dipertandingkan.. sampaikan vokal terbaik pun ditukar menjadi “Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu” instead of “Di Dalam Album”.. dulu saingan memang sengit especially masa zaman penguasaan siti n kita tgk pun rasa berdebar2 bila result nak announce but now byk artis/lagu aku sendiri pun x kenal.. aku rasa senario ni berlaku bila mula bercambahnya program realiti show start dari af n seterusnya.. skrg byk keluar single je.. but yet i understand the problem happened in our music industry right now..

          0

          0
        • kuih tart says:

          @oon
          aku tak kisah Hafiz menang, dia memang berhak TAPI seriously Malaysia ni mcm kurang lagu yg best, aku tak suruh dorang buat lagu utk masuk AJL but atleast variety tu biar lah ada, yelah manusia ni taste lain2. ada yg suka genre slow..ada yg suka genre rancak.

          0

          0
        • Mereka Semua Poyos says:

          suker lawak pak nil dan nabil. kalau takde diaorang..hancur la majlis ni. penonton pun macam mayat hidup. tak reti nak tepuk. macam gi tengok jenazah. lembab tul…

          0

          0
        • Baby AA says:

          Thank god for Nabil…serasi dgn Pak Nil. Suker-suker.

          0

          0
    • minah jambu merah biru says:

      asek asek hafiz yuna hafiz yuna aje yg menang tkde muka lain ke ! artis lain suara kurang baik ke? mengarot betol la ! minah jambu tk minat lah AIM ni semua huh ! minah jambu cuma minat im4uuuuuu ! idop umno ! idop pak najib ! lov u pak najibbbbbbbb !!

      0

      0
    • Mashi says:

      tak tengok pun AIM..walaupun Rock The World sebelah AIM je..thanks for the winner list.

      0

      0
  2. bosan sgt says:

    Boosan dowh..byk yg menang x datang..

    0

    0
  3. Tambah dosa jap says:

    Nara, red karpet xnak tunjuk ker??
    Nak tahu gak saper pakai gown paling seksi..

    0

    0
  4. nabila huda seksi lor says:

    tadi…aku tgk video anugerah ni… hai seksi betul nabila huda, tapi ada satu blog ni tulis tak seksi…s0pan……katanya.. s0pan apa kejadahnya..kalau berlubang macam tu… m00d.. Sengal…

    0

    0
    • themightydingdong says:

      sopan la sikit dari sebelum ni ngok . atleast ada part tarzan tu and lobang2 tu . kalau sebelum ni kain paras peha yg atas tu atas tetengah buah dada . kau gi la derma kain kat dia kalau good good sngt.

      0

      0
  5. Anonymous says:

    tak lama lagi dpt pangkat datuk la tu yuna n hafiz.
    tunggu hari keputeraan yang seterusnya..
    huhu

    0

    0
  6. semerah padi says:

    tahniah yuna, memang tak disyak wasangkakan kau akan menang….malaysia proud of you…tapi jangan tak balik malaysia pulak…

    0

    0
  7. kikilala says:

    ni la augerah paling best dalam tahun 2013. tak membosankan pengacara memang menghiburkan dah mcm tengok maharaja lawak plak terbaik la nabil.. setiap penyampaian anugerah berjalan dengan sangat lancar dan teratur, tak kelam kabut mcm anugerah lain. persembahan artis pun best dengan konsep terbaru, gaya persembahan yang kreatif lain dr lain. hopefully aim 21 next year kekalkan prestasi mcm ni, kekalkan pengacara kalo gandingkan dengan zizan pun best

    0

    0
    • saha says:

      AIm 20 kali ini amat berprestij dengan gandingan nabil dan Pak Nil. walaupun nabil banyak membebel, tapi sedar tak kita, kalau dia tak buat macam tu, banyak iklan yang akan keluar kat t.v.
      Bila dia banyak membebel” secara tak langsung “iklan Bosan ” telah dipendekkan.
      Tak percaya tengok anugerah skirn @ ABP, memang iklan melampau-lampau panjangnya.

      0

      0
  8. lagubestbest says:

    Tapi.. lawak mengutuk cara nabil tu buat AIM20 nampak cheap..

    0

    0
    • Omeda says:

      Saya setuju. AIM used to be a prestigious event however our nabil has managed to turn it into just one of many award events in Msia yg nampak cheap and biasa2 aje. Sad actually…

      0

      0
      • gatal tengkok mu says:

        yang tengok AIM tu sapa?
        Dato2 dan menteri2 sahaja ke
        nak berpestij sangat..

        rilek sudah

        0

        0
  9. Mr Curious says:

    I was just a lil bit curious as what ive been named after.As far as im concerned Anugerah Sri Wirama is for those who has contributed well to the music industry and entertainment.May i know the contribution of Tan Sri Tony in our music industry as well as to the artiste?

    0

    0
    • Vongok says:

      To Mr Curious yg omputih sgt tu!!!ko tak tgk AIM tu sampai abis ke nok??kn dh terang org dh bgtau sumbangan dia & dlm speech Tan Sri Tony tu sndiri dh explain apa yg dia dh buat dlm industry muzik…kalo ko x paham aku ckp apa,p google translate kn bnda ni smua!!

      0

      0
    • azreen says:

      FYI, tony fernandez terlibat dengan industri muzik lebih dulu dan lebih lama dari dia terlibat dengan airlines. Lain kali sebelum komen, search dulu maklumat.

      0

      0
  10. SANA says:

    apa2 pun memang sedih tengok industri muzik sekrg. memang kita tidak boleh hendak bandingkn zaman 80an & 90an..walaupun tiada kategori luar negara ttapi tetap ada lagu2 yg sedap di dengar dn menarik. memang tabik bila ada kategori nasyik dipertandingkn. apalh nasib industri muzik kita kini…? Kategori rock?…hanya amy search,..ttapi kumpulan lainnya HAMPEHHH…!..betul yg brtanding byk muka2 baharu..ada yg ntah pe2 ntah. Kepada penganjur pertandingan tolonglh..tolonglh…!
    dgn pakaian artis2 juga yg ntah pe2 tu..sedih tengok penampilan nabila,…memang dia tdak hipokrit tentan diri dia..tetapi sebagai umat islam..berpakaian sopan itu adalh sebaik2nya. tdak adakh pihak berkuasa yg layak memberi nasihat etika berpakaian memang mereka bukn budak2 utk kita nasihatkn…garis panduannya itu yg penting..memang dia tdak perlukn [email protected] org ttapi…dia lupa….TOLONGLAH..sebenarnya industri muzik kita seolah2 semakin tenat dgn karenah masing2.

    0

    0
  11. Janda Vogue says:

    Kalau AIM hanya ada Pak Nil akan di lihat sebagai anugerah berprestij dan berkualiti …bila digandingkan dengan Nabil dah jadi cam anugerah MLM ..dah takde GRAND cam dulu…tak suka bila Nabil terlalu OVER MEMBAHAN ORANG..sampai Dato Ramly MS pun dibahannya…”dari jauh nampak muda..dekat macam ni rupanya.” infront of audience..lawak bodoh apa ni…beza kalau org ada ilmu dengan takde ilmu jadi pengacara…zizan pun turut menghancurkan AF baru baru ni ..tak nampak cam fakulti yang berkualiti dan rancangan realiti yang booom…

    pelawak boleh jadi pengacara tapi jangan sampai asyik melawak dan membahan orang jadi cam so cheap and kekampungan !

    0

    0
    • AAK says:

      NGOK LA KO NI.. NABIL TU SEBAGAI BAHAN LAWAK UTK HIBURKAN ORG.. XDELA MAJLIS TU KAKU SGT.. NNT CPT NGNTOK LA GILER.. BODO.. BILA MASA PLAK KEKAMPUNGAN.. KO TU YG KAMPUNG.. KESIAN

      0

      0
      • melati says:

        sokong janda vogue…Nabil memang bukan tu tempat dia ..nak buat lawak gan Tony F…tapi si Tony tu tak pernah pun sebut namer dia sian tgk Nabil…very low Classssssssssssss..(PION TERKEJUT NABIL NI.)

        0

        0
        • fea says:

          aku rase si janda vogue n melati ni jadi pengacara comfirm bosan….tgk AIM mcm ziarah org mati agaknya ..KAKU…..hiburan penting unt ade yg masalah hati mcm uols…peace!!!!!

          0

          0
    • anne says:

      sokong…tulah beza orang da ilmu ke tak… hahhhaa… well said janda vogue

      0

      0
    • axx says:

      abes tu ko nak AIM tu formal ala2 rtm giteww?..kompem ko tido dulu kanns

      0

      0
  12. jingga says:

    paling best,,,hafiz mmg layak menang..yg lain bkn x blh menang, ttapi kena berusaha lebih, ,,pengacara pun best,,xkesah lah nabil cakap mcmna,, tpi dia cuma nak mhibur kita ni saja..kalu yuna,,rezeki dia kot…

    0

    0
  13. aku says:

    aku tengok ok je sbb tak bosan. kalau tak, anugerah2 mcm ni aku tengok membosankan sampai nak tertido. Nabil hanya menjalankan tugas dia di mana konsep pada malam tu membahan org. kan pak nil ada ckp.

    0

    0
  14. yam yam says:

    ok je nabil, tak de la mengantokkkkk, huuu

    0

    0
  15. LaiciGLAM says:

    Aku pergi LIVE weii best giler AIM20 tahun ni apa yang best sebab peminat2 Sesetengah Artis yang datang sampai bawa banner bersorak sakan utk idola mereka.. Time Best Fan Club Forteen bersorak2 bila nampak forteen.. Gempak habis dah macam konsert KPOP aku tgk … hehe Pastu Shilalas time shila menang anugerah kembara bersorak sakan lah sambil sebut shila3x lepas tu tak henti2 bersorak awesome gilerrr… lepas tu paling best peminat Siti Nurhaliza yg digelar Sitizoners perghhhhh pantang nampak gambar Siti Dekat Screen semua bersorak giler2 lepas tu pengajur AIM20 lak saje main2 kan peminat siti diorang paparkan gambar siti dekat screen waktu adi putra dan nabila atas pentas dua kali histeria giler aku tgk diorang hahaha tu belom lagi siti buat persembahan ampunnnnn bagai nak gegar plus roboh stadium tu haha nasib baiklahhhhhhh Tak Pecah cermin2 atas pentas tu kalau tak MASUK MELODI!! haha apa2 pun terbaik peminat Siti nurhaliza!! dan AIM20 kali ini paling lawak hahaha

    0

    0
  16. nadiah says:

    best la AIM taun nie.first time ak xtdo tgk aim.kalo sblm nie sume bosan..pak nil dan nabil did a good job.dh pe yg die bahan tue betol..plg xthan bab “paknil, didie alias dh kurus er?” gler klakar… wuahahaha… tahniah Hafiz.dh sore die mmg sedap.mmg layak la mng..:)

    0

    0
  17. aku la says:

    nabil tak pandang kamera

    0

    0
  18. me says:

    aku suke Nabil n PakNil jd host,,, mne ade over… org yg hati kecik jew cpt sentap ngn lawak nabil… ak suke sindiran nabil dlm lawak.. biar artis2 malysia nie sedar skit…. tue bru mulut nabil… cm ne plak klu kne ngn mulut Jep Sepah..Johan.. lg laser oi…. so kite cool jew la.. AIM pn da lps da… International awards pn ade lawak2… peace yo!

    0

    0
  19. melati says:

    Nabil dia punya lawak, takder class….(lawak gampang kater org Perak)..asyik hina org jer ..itu lah namer nya kejutan budaya..AIM semua ok yg tak best nya Nabil punya lawak, cam gampang.

    0

    0
  20. kui3 says:

    overall AIM aku tgk blhla..biase2 je…
    tp part yg plg best adalah yg mula2 skali…si nabil kenakan si serap tu bahahahaha
    mmg die jd bahan tol ;P

    0

    0
  21. Aqsomadina says:

    hafiz memang terbaik..betul tu hafiz ni siti nurhaliza versi lelaki. itu lah kejayaan untuk seseorang artis yang fokus pd satu kerjaya sahaja mcm nyanyian. x perlu rembat semua nak jadi pengacara lah pelakon lah.

    0

    0
  22. melati says:

    Sumpah saya kater peminat Nabil ni semua low Class……kalau nak marah aku pun marah lah…tapi itu hakikat nya.

    0

    0
  23. melati says:

    Nabil sesuai jadi pengacara Memancing atau Joran jer standard dia…masa lawak ker der 3 pun dia hina yg bayar tiket RM40 ….cara dia ckp tu dah takbur…memang kasta rendah Nabil ni.

    0

    0
  24. melati says:

    Nabil kater Tony org yg merendah diri , naik stage pun jalan kaki…aper motif lawak yg dia nak sampai kan tu ? tak faham langsung, terselah lah Nabil ni low class punya orang.

    0

    0
    • anony says:

      die nak kutuk rosmah la..
      dtg jalan kaki je. xde naik plane or jet bagai.
      haha.

      0

      0
    • Insan pelik says:

      ko memang sakit hati dgn si nabil ni kan? pelik aku. ape dia dah buat kat kau? dah tak suka tu, blah je la. yg nak cakap lagi itu ini ape de hal? lau dah tak suka, buat cara tak suka. yg nak pong pang pong pang tu lagi dah kenapa?

      eh pelik lah aku!

      0

      0
  25. Anybody says:

    Tony Fernandez boleh recall balik zaman Mas Idayu/Sheeda/Amalina.
    Yang aku tak paham tu nape plak dia mesti nak sebut nama c siti tu???
    Apa Tony tu ada ke terlibat masa konsert kat London Albert Hall tu???

    0

    0
  26. Awang Hitam says:

    Penganjuran yang baik namun sayang….. AIM Kali ini dilihat saling tak ubah seperti Propaganza dan juga Melodi yg entah apa…. Sayang, AIM kali ini hilang seri nya hingga membosankan halwa…. Penyampai pun satu, kat pentas tu tak perlu lah nak tanya khabar antara satu sama lain sedangkan dibelakang pentas anda semua boleh bertanya hal sedemikian. Makin Dangkal Artis Malaysia Sekarang ni….

    0

    0
  27. Nakiham Khoi says:

    Nabil & Pak Nil…..hahahahahah….bagos la. Best giler…

    0

    0
  28. mawar says:

    20 kali AIM ni la 1st time aku x tertido dpn tv haha..terbaik la nabil ngan pak nil

    0

    0
  29. melati says:

    manusia bangsat jer yg suka bahan org cara lawak dan manusia kasta jer yg suka tgk org dibahan pastu ketawa,…manusia2 camni selalunya bila org bahan mereka tak leh terima…apapun Nabil ni memang bangsat,

    0

    0