November 9th, 2015

Selepas beberapa siri gosip yang mengatakan Zul Ariffin sedang bercinta dengan Zahirah MacWilson  lebih-lebih lagi apabila foto mereka berpegangan tangan tersebar, ramai yang ingin tahu apa sudah jadi pada hubungan percintaan Zul bersama kekasihnya Gayatri Su Lin Pillai. Menjawab persoalan itu, Zul akhirnya mengakui beliau dan Gayatri sebenarnya sudah lama berpisah.

Saya dengan dia (Gaya), kami sudah lama tiada apa-apa hubungan. Masing-masing pun dah move-on.

Berbicara mengenai hubungan beliau dan Zahirah serta isu yang bangkit selepas foto mesra mereka menjadi viral, Zul sama sekali tidak melatah dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa apabila bergelar anak seni.

Kami masih baru sangat. Rapat. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih. Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu.

Sebagai seorang anak seni, itu antara cabaran dan dugaan yang kami terpaksa hadapi di mana orang seperti kami sentiasa diperhatikan.

Akhirnya segala persoalan sudah terjawab, apa nak buat mungkin jodoh Zul Ariffin dan Gayatri tidak panjang. Kata orang jangan di ingat kisah lama, masing-masing dah move on bukan? Zul pun sudah bertemu pengganti. Heh..

Sumber Berita: Malaysian Digest

Advertisement
November 3rd, 2015

Gosip cinta Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sering menjadi topik hangat , setelah tersebarnya foto mereka berpegangan tangan ketika di sebuah restoran pelbagai persoalan bermain di minda peminat. Malah, kedua-dua artis terus diasak untuk memberikan komen lanjut berhubung foto tersebut.

Terbaru, menerusi portal Mangga Online Zahirah nampaknya sudah agak rimas dengan kontroversi percintaan dan meminta agar dirinya tidak lagi di soal tentang perkara itu serta menyerahkan kepada Zul untuk menjelaskan apa yang sudah berlaku.

Apa sahaja boleh berlaku. Tanyalah kepada Zul untuk mengetahui lebih lanjut. Asyik saya sahaja yang ditanya tentang isu ini. Saya memang tidak akan komen perihal peribadi. Kalau boleh tidak mahu kongsi apa-apa cerita tentang cinta.

Apabila cerita ini keluar, saya anggap biasa sahaja. Ia perkara kecil dan saya perlu menghadapinya. Apa lagi boleh saya buat?

Beberapa sumber mengatakan hubungan mereka mula terjalin dan rapat apabila sama-sama membintangi drama Miss Langkawi Mr London.

Jika Zahira Macwilson enggan memberikan sebarang kenyataan, kita nantikan sahaja penjelasan daripada Zul Ariffin mengenai perkara ini. Jangan biarkan peminat terus tertanya-tanya.

Sumber Berita: Mangga Online

Advertisement
November 3rd, 2015

Tidak pernah mengakui sedang bercinta dan hanya selesa sebagai kawan, Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson bagaimanapun sering kelihatan cukup mesra bersama dan menghadiri mana-mana majlis hiburan berdua.

Walaubagaimanapun, terbaru sebuah foto pasangan ini berpegangan tangan ketika keluar makan bersama di  telah tersebar di media sosial dan ia cukup menarik perhatian ramai.

Adakah mereka ini benar-benar bercinta tetapi ingin menyembunyikan perkara tersebut? Jika mereka bercinta, apa sudah jadi dengan hubungan Zul dan Gayatri? Penuh persoalan bermain di minda peminat.

Erm..kalau betul ini sekadar khabar angin Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar. Sebelum mendengar apa-apa penjelasan lanjut daripada mereka, kita fikir positif sahaja mungkin Zahirah tidak sengaja pegang tangan Zul kot, mana lah tahu kan?

Advertisement