Written by Bella | May 28th, 2018

Setelah lama dihimpit gosip mengatakan rumah tangga mereka mempunyai masalah, akhirnya segala teka-teki terjawab saat Nazim Othman mengumumkan mahligai yang dibina bersama Bella Dally sudah pun runtuh setelah gagal mempertahankan perkahwinan mereka meskipun sudah mencuba sebaik mungkin.

Tentunya berita itu turut memberikan kesan kepada peminat mereka yang turut merasa sedih serta simpati dengan perceraian mereka. Menurut  Nazim, hatinya masih rapuh dan belum bersedia untuk menjawab pelbagai persoalan tentang perpisahannya itu.

Saya hanya mahu meneruskan hidup, tiada apa-apa yang boleh dikongsikan. Cukuplah luahan hati yang dibuat di laman Instagram. Saya rasa itulah yang terbaik buat masa ini. Bukan saya tidak mahu menjawab persoalan demi persoalan, tetapi hati saya rapuh dan belum bersedia. Tunggulah saya mendapat ketenangan jiwa terlebih dulu.

Apabila hati dan jiwa sudah tenang, mungkin saya diberikan kekuatan untuk berkongsi cerita. Saya membuat kenyataan di laman sosial hanya untuk memberitahu status kami, bukan menyebarkan cerita rumah tangga.

Salah dan silap, biarlah kami simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Kami mempunyai keluarga, yang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Nazim menceraikan Bella pada 2 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah. Mereka redha dengan ketentuan takdir dan tidak menyimpan sebarang perasaan dendam antara satu sama lain.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | May 22nd, 2018

Selepas lama dihimpit gosip mengatakan rumah tangga mereka sedang retak dan bermasalah, pasangan Bella Dally dan Nazim Othman minggu lalu memaklumkan mereka sudah bercerai selepas mendirikan rumah tangga selama hampir dua tahun lamanya.

Mengakui keputusan untuk berpisah sangat perit baginya, Bella bagaimanapun bersyukur mendapat sokongan semangat daripada keluarga dan rakan yang membuatkan beliau lebih tabah.

Bella mahu “move on” dan enggan mengulas punca beliau bercerai. Baginya, tidak manis untuk berkongsi soal peribadi itu dengan umum.

Saya kena redha, positif dan move on. Saya berusaha cuba untuk tidak memikirkan mengenainya perpisahan ini. Alhamdulillah, saya ada keluarga dan rakan yang tanya khabar serta keadaan saya. Sekarang ini, saya tidak perlu cakap banyak dah. Semua sudah tahu status saya dengan Nazim.

Untuk berkongsi mendalam mengenai puncanya, rasanya tak manis untuk dikongsikan. Cukup setakat apa yang semua sudah maklum.

Bella dan Nazim sepakat untuk mengumumkan penceraian mereka di akaun Instagram masing-masing  pada 1 Ramadhan lalu. Berita tersebut bukan sahaja mengejutkan peminat mereka tetapi rakan selebriti juga.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | May 21st, 2018

Bercinta selama beberapa tahun kemudian hidup sebagai suami isteri sebelum bercerai,  ia bukanlah perkara yang mudah untuk dihadapi oleh pelakon Nazim Othman dan Bella Dally. Sehingga hari ini punca mereka bercerai masih lagi menjadi tanda-tanya tetapi pasangan ini lebih selesa untuk berdiam diri dan biarlah ia menjadi rahsia mereka berdua sahaja.

Semalam, Nazim ada berkongsi dua keping foto  saat beliau dan Bella menghabiskan masa bersama sebagai suami isteri dan telah berbincang hati ke hati selama enam jam sebelum membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Difahamkan,  foto yang membawa seribu satu kenangan itu diabdikan sehari sebelum Nazim pulang ke Kota Kinabalu, Sabah untuk memfailkan perceraian.

Rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa sebak saat melihat Bella memeluk pelakon lelaki itu. Mereka yakin, dalam hati Bella pasti ada perasaan cinta yang masih mendalam buat Nazim.

Apa yang berlaku hanya mereka sahaja tahu dan mungkin perpisahan ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka. Berilah mereka masa untuk mengubati segala duka dan lara dalam hati. Sebagai peminat doakanlah yang terbaik buat Nazim dan Bella ye.