August 13th, 2015

Tindakan Sharifah Sakinah yang memuat naik foto bercium bersama suaminya , Aliff Adha sebelum ini di akaun Instagramn miliknya mengundang pelbagai reaksi negatif daripada peminat. Walaubagaimanapun, beliau sama sekali tidak terkesan apabila menerima kritikan tersebut  kerana menganggap isu berkenaan sangat remeh.

Ini bukan kali pertama Sakinah berhadapan dengan kontroversi, sebelum ini beliau cukup terkenal dengan aksi gila-gila dalam beberapa siri video yang dimuat naik ke Keek.

Buat beliau, mungkin pada mulanya pengkritik akan menyerang beliau secara bertalu-talu atas tindakannya itu, tetapi lama-kelamaan mereka akan senyap jika tiada siapa yang melayan.

Saya cium pun dengan suami saya, bukan dengan orang lain. Malah ada lagi gambar saya yang agak seksi. Terutama gambar saya ketika tengah yoga dan aktiviti senam yang lain. Tak pula mereka nak kritik gila-gila. Jadi saya memang malas nak layan isu-isu macam ni, gambar itu pun saya tak ‘delete’. Lama-lama nanti mereka senyaplah tu.

Kadang-kadang memang kita tak boleh layan komen mereka yang senantiasa merasakan diri mereka itu sempurna dan tidak pernah buat silap. Kalau hendak mencari kesalah orang lain tu memang laju, agaknya pengomen tegar dan pengkritik di Instagram ini tiada kerja lain?  Lebih baik jaga tepi kain sendiri.

Sumber Berita: Murai

August 3rd, 2015

Gara-gara memuat naik foto beliau bercium dengan suaminya, Aliff Adha di Instagram, Sharifah Sakinah telah dikecam oleh peminat kerana mempamerkan aksi mesra tersebut kepada umum. Walaupun hubungan mereka sudah sah sebagai suami isteri, ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai untuk di kongsikan kepada khalayak ramai.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah peminat menyifatkan ia sebagai satu perkara yang romantik dan tidak salah untuk mereka tampil mesra kerana aksi tersebut bukanlah terlampau.

Kami faham peminat ini cukup prihatin dengan artis kesayangan mereka, tapi kami rasa mereka pun seharusnya sudah boleh fikir apa yang sesuai ataupun tidak untuk dikongsikan bersama peminat.  Sharifah Sakinah pun memang cukup terkenal dengan perangai ting tongnya dan tak kisah dengan komen orang kan?