Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Kongsi Foto Cium Mulut Bersama Suami: Sharifah Sakinah Enggan Ambil Pusing Dengan Kritikan Negatif

Tindakan Sharifah Sakinah yang memuat naik foto bercium bersama suaminya , Aliff Adha sebelum ini di akaun Instagramn miliknya mengundang pelbagai reaksi negatif daripada peminat. Walaubagaimanapun, beliau sama sekali tidak terkesan apabila menerima kritikan tersebut  kerana menganggap isu berkenaan sangat remeh.

Ini bukan kali pertama Sakinah berhadapan dengan kontroversi, sebelum ini beliau cukup terkenal dengan aksi gila-gila dalam beberapa siri video yang dimuat naik ke Keek.

Advertisement

Buat beliau, mungkin pada mulanya pengkritik akan menyerang beliau secara bertalu-talu atas tindakannya itu, tetapi lama-kelamaan mereka akan senyap jika tiada siapa yang melayan.

Saya cium pun dengan suami saya, bukan dengan orang lain. Malah ada lagi gambar saya yang agak seksi. Terutama gambar saya ketika tengah yoga dan aktiviti senam yang lain. Tak pula mereka nak kritik gila-gila. Jadi saya memang malas nak layan isu-isu macam ni, gambar itu pun saya tak ‘delete’. Lama-lama nanti mereka senyaplah tu.

Kadang-kadang memang kita tak boleh layan komen mereka yang senantiasa merasakan diri mereka itu sempurna dan tidak pernah buat silap. Kalau hendak mencari kesalah orang lain tu memang laju, agaknya pengomen tegar dan pengkritik di Instagram ini tiada kerja lain?  Lebih baik jaga tepi kain sendiri.

Sumber Berita: Murai

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top