Written by Bella | January 2nd, 2019

Apabila pelakon Elfira Loy bernikah, ramai yang sudah jangka akan ada pihak ingin mengetahui apakah reaksi bekas tunangnya, Sufian Suhaimi.

Bagaimanapun, Sufian enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkahwinan pelakon itu.

Selamat maju jaya untuk Elfira dan pasagannya. Tiada apa yang ingin saya katakan sebab kami sudah lama meneruskan kehidupan masing-masing. Saya pun gembira menikmati kehidupan saya sekarang.

Terdahulu, Sufian berkata beliau sudah lama melupakan kisah cinta yang tidak menjadi itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa. Penyanyi itu meminta peminat dan netizen turut melakukan perkara yang sama. Berhentilah mengaitkan dirinya dengan Elfira ataupun apa sahaja kisah mereka sebelum ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 2nd, 2019

Semalam, pelakon Elfira Loy sah menjadi isteri kepada Faris Khairol Anuar hanya dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elfira sendiri dalam acara yang berlangsung secara tertutup di Cyberjaya.

Ramai yang memuji Elfira cantik dan anggun mengenakan busana pengantin serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini manakala Faris pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.

Pasangan ini juga bakal melangsungkan lima resepsi sepanjang bulan Januari bagi meraikan hari bahagia mereka.

Tentunya ia permulaan yang cukup indah buat mereka berdua bersempena tahun baru ini. Hanya beberapa bulan berkenalan, bibit cinta mula timbul dan akhirnya kini sudah bergelar suami isteri.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Elfira dan Faris dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit Foto : Project Two-Pi , Sweet Pictures & #elfaris

 
Written by Bella | January 1st, 2019

Pembukaan tahun baru 2019 merupakan lembaran baru juga dalam hidup pelakon Elfira Loy yang kini sudah bergelar isteri kepada Faris Khairol Anuar pagi tadi dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Lodge, Cyberjaya.

Elfira menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto beliau dan suami yang sedondon dalam busana pengantin rona putih di atas sebuah pelamin. Difahamkan, pasangan ini bakal mengadakan lima majlis berbeza pada bulan ini bagi meraikan perkahwinan mereka.

Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu hanya selepas beberapa bulan berkenalan.

Kami di BeautifulNara juga mengucapkah tahniah kepada kedua-dua mempelai dan semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke syurga.

Kredit Foto : Project Two-Pi & Bella Dally