Written by Bella | November 13th, 2017

Gara-gara kerap berkongsi foto beliau melancong bersama isteri tercinta Bella Dally, ada sesetengah netizen yang membuat andaian kononnya  Nazim Othman tidak mendapat tawaran lakonan.  Walaubagaimanapun, Nazim berkata beliau sebenarnya sedang berehat seketika daripada menjalani penggambaran sebuah drama.

Alhamdulillah, rezeki masih lancar atas kurniaanNya. Sekarang dalam proses penggambaran drama Monalisa. InsyaAllah, ia akan mula disiarkan di slot Tiara, Astro Prima mulai Februari depan. Ada orang kata saya ada banyak masa berjalan. Drama Monalisa ini panjang, jadi apabila ia tidak membabitkan babak saya, jadi saya bercutilah.

Dulu saya gemar bercuti dengan cara ‘backpacking’, menaiki kereta api dan menghabiskan masa perjalanan yang panjang sehingga badan lesu. Maklumlah, ketika itu, zaman remaja, bajet agak padat. Sekarang, bolehlah berjalan dengan selesa tetapi tidaklah semewah dan semahal disangka.

Bukan mudah hendak berlakon dalam drama yang memerlukan masa penggambaran yang lama. Apa salahnya untuk Nazim relaks sebentar bersama isteri tercinta? Tak ada lah beliau tertekan dan mampu memberikan kualiti lakonan yang baik ketika kembali bekerja nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE