Written by Bella | November 13th, 2017

Gara-gara kerap berkongsi foto beliau melancong bersama isteri tercinta Bella Dally, ada sesetengah netizen yang membuat andaian kononnya  Nazim Othman tidak mendapat tawaran lakonan.  Walaubagaimanapun, Nazim berkata beliau sebenarnya sedang berehat seketika daripada menjalani penggambaran sebuah drama.

Alhamdulillah, rezeki masih lancar atas kurniaanNya. Sekarang dalam proses penggambaran drama Monalisa. InsyaAllah, ia akan mula disiarkan di slot Tiara, Astro Prima mulai Februari depan. Ada orang kata saya ada banyak masa berjalan. Drama Monalisa ini panjang, jadi apabila ia tidak membabitkan babak saya, jadi saya bercutilah.

Dulu saya gemar bercuti dengan cara ‘backpacking’, menaiki kereta api dan menghabiskan masa perjalanan yang panjang sehingga badan lesu. Maklumlah, ketika itu, zaman remaja, bajet agak padat. Sekarang, bolehlah berjalan dengan selesa tetapi tidaklah semewah dan semahal disangka.

Bukan mudah hendak berlakon dalam drama yang memerlukan masa penggambaran yang lama. Apa salahnya untuk Nazim relaks sebentar bersama isteri tercinta? Tak ada lah beliau tertekan dan mampu memberikan kualiti lakonan yang baik ketika kembali bekerja nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

8 responses to Sering Melancong: Nazim Othman Dikatakan Sudah Tiada Tawaran Berlakon?

  1. Lokmanamirul says:

    Rezeki ada mana2 ja

    1

    0
    • mix blitz says:

      aik nape tebalik plak.
      patutnya nmpk byk pegi holiday la mksudnya die org ada byk duit byk job.
      ala utk retis2 ni celah gigi je lah die org nk gi holiday sana sini, skali job masuk amount tu byk kot. takat pegi around asia cam thai & indon bkn nya mahal mane pun… unless yg pegi europe / US every month cam cheta / ramona / lofa tu ye le, duit kite convert duit die org mmg sakit…..!

      4

      0
  2. Kamil says:

    Hidup bahagia

    1

    0
  3. bella belly says:

    Badan sihat ada kesempatan boleh lh melancung..bknnya gi buat maksiat pun..dia tau kendali hidup lbh2 jgn pertikai rezeki org..

    3

    0
  4. nok gebuzzz says:

    pada aku dyorg laki bini sentiasa ada job n sbb tu dpt jln sana sini…kalau aku pon ada rezeki lebih masa free ape salah nak reward tok diri sndri…..dia jln sana sini bukan ssh kan org pon…lebih haters ni!!

    0

    0
  5. sepaun says:

    terlebih prihatin betul.. biar la dia nak buat apa pun, lain la klu dia hutang/tipu duit org lepas tu gi bercuti.. yg tu lain la cerita :)

    0

    0
  6. ada aku kesah says:

    Ya Allah orang tu takde offer ke job ke apa kita sibuk2 ? sibuk diri sendiri udah le alaaa benda remeh gini pun jadi isu ke… pandai dia la dia pi berjalan tu duit datang mana kalau tak keje. suka2 je mulut ngate orang pffft

    1

    0
  7. I like to suggest you to visit the given link bejeweled game and play for free and online. even you don’t need to download or register for the game. I also love to play and share this most entertaining card game to the others. Thanks for the game.

    0

    0

Leave a Comment

Optional