April 23rd, 2018

Tengah hari tadi, tindakan Fathia Latiff yang memuat naik foto Zul Ariffin bersama Elizabeth Tan mencetuskan spekulasi mengenai hubungan mereka berdua lebih-lebih lagi apabila Fathia menerusi kapsyen di akaun Instagramnya meminta agar Zul menjaga Elizabeth dengan baik. Namun, foto tersebut telah dipadam.

Elizabeth ataupun mesra dengan panggilan Lizzy memberitahu beliau agak terkejut dengan perkara itu apatah lagi beliau tidak pernah mengenali Fathia secara peribadi.

Saya dimaklumkan pengurus mengenai perkara itu. Lucu ada. Terkejut pun ada. Ini kerana tidak semena-mena Fathia memuat naik gambar saya dan Zul sedangkan kami sedang berlakon bersama. Saya tidak pernah berjumpa Fathia, apatah lagi berkawan dengannya.

Lizzy harap isu ini tidak menimbulkan salah faham dikalangan peminat kerana kapsyen Fathia yang seakan memberikan bayangan timbulnya bibit cinta antara dirinya dan Zul sedangkan mereka hanya bergandingan dalam sebuah filem.

Sumber Berita : BH ONLINE