April 9th, 2019

Umum mengetahui pelakon Nelydia Senrose sudah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi dalam satu majlis akad nikah yang diadakan Sabtu lalu.

Sangat rapat bersama, Uqasha Senrose telah memuat naik satu ucapan khas buat adiknya, Nelydia.

Dalam ucapannya, Uqasha meluahkan rasa gembira kini adiknya sudah menemui kebahagiaan. Namu, pada masa yang sama, beliau sedikit sedih kerana kehidupannya akan berubah selepas ini setelah Nelydia berkahwin. Sudah tidak dapat melakukan apa-apa bersama.

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak saat membaca nukilan tersebut.

Kami faham perasaan Uqasha apabila orang tersayang terutama sekali adik-beradik yang sudah berkahwin akan melangkah pergi menjalani kehidupan sendiri. Tidak sama keadaannya lagi. Sama-sama kita doakan agar satu hari nanti Uqasha pula bertemu jodoh. InshaAllah.

April 8th, 2019

Pelakon Nelydia Senrose, sah bergelar isteri kepada Mohd Hafez Halimi Abdul Hamidd hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan pada Sabtu lalu.

Pasangan ini turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang cukup eksklusif di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur.

Sedondon dalam busana pengantin berwarna putih hasil rekaan, Ezuwan Ismail, Nelydia dan Hafez kelihatan kacak dan anggun bagai pinang dibelah dua.

Beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan dan resepsi Nelydia dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Shafiq Shahar, CST Production , Project Two-Pi & Aqo Imran