December 12th, 2016

Tentu anda masih ingat  dengan nama pelakon, Atikah Suhaime yang hangat dengan kontroversi video lucah dan peyebaran foto bogelnya bersama pelakon Idris Khan.

Baru-baru ini, khabarnya pelakon itu ada memuat naik status di akaun Instagramnya yang menyatakan hasratnya untuk berhenti berlakon.

Status yang ditulis Atikah :-

It has been a great journey. But I’m quitting. I love all of you who have loved me. And I forgive all of you who have hated me. And with a heavy heart, I have to say that it is time to leave everything behind.

Walaubagaimanapun, menurut Raja Mawar daripada akhbar Berita Harian, status yang dimuat naik oleh Atikah pada hari Rabu lalu telah dipadam, juga pada hari yang sama.

Luahan Atikah itu juga mengejutkan pihak pengurusannya iaitu MIG. Khabarnya, Atikah masih lagi mempunyai kontrak dengan syarikat berkenaan sehingga bulan Julai 2017.

Apakah niat sebenar Atikah memuat naik status berkenaan? Adakah beliau sekadar ingin mencetuskan gimik? Hmmph..

Sumber Berita : Berita Harian

October 10th, 2016

Dihimpit dengan kontroversi panas melibatkan foto bogelnya, pelakon Atikah Suhaime nampaknya kelihatan agak tenang bukan? Biarlah apa sahaja orang ramai ingin berkata, Atikah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai isu berkenaan.

Menurut Atikah, beliau tidak mahu terus tunduk dengan kritikan orang ramai dan tidak mahu terlalu tertekan memikirkan isu panas itu.

Alhamdullillah, saya berada dalam fasa kehidupan yang baik sekarang ini. Ya, saya tahu dalam keadaan ini ramai yang pandang serong terhadap saya dan mungkin melemparkan kata-kata kurang enak mengenai apa yang mereka lihat dan sangka.

Tetapi saya buat keputusan untuk tidak tunduk kepada kata-kata mereka. Saya tak mahu biarkan mereka ini yang mengawal saya, sebaliknya saya sendiri boleh kawal mereka.

Sudah beberapa dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, Atikah akui ia membuatkan hatinya lebih kuat dan tabah untuk menghadapi setiap perkara. Oleh itu, apa yang terjadi sedikit pun tidak menjejaskan kariernya.

Kalau saya biarkan perkara ini jejaskan kerjaya saya maka saya akan terjejas. Kalau saya buat tak tahu maka saya masih boleh bekerja dengan aman. Trauma? Saya tak fikir saya sampai boleh jadi trauma. Bagi saya, hidup ini perlu diteruskan.

Bukan saya tak pandang langsung isu itu. Tetapi perlu anda tahu, saya ada banyak lagi isu besar yang saya fokuskan.

Kata-kata negatif memang boleh “membunuh” seseorang itu, tetapi pada masa yang sama apa salahnya untuk tampil dengan bukti menunjukkan anda tidak bersalah didalam sesuatu kontroversi.  Mulut orang ini kita tidak boleh tutup, selagi mereka tidak berpuas hati , perkara berkenaan tetap akan jadi bualan hangat.

Sumber Berita : Utusan Online

September 26th, 2016

Baru-baru ini foto Atikah Suhaime bersama kekasih baharunya Sherzod Yusuf sudah mula tersebar di Internet. Ramai yang ingin tahu apa pula yang terjadi dengan hubungan cinta Atikah bersama kekasih juruterbangnya yang sebelum ini cukup hangat diperkatakan.

Menurut ruangan Miss J di akhbar Utusan Mingguan, Atikah dan kekasih juruterbangnya itu sudah pun memutuskan hubungan percintaan mereka,  selepas lelaki itu kecewa dengan kontroversi foto bogel Atikah bersama Idris Khan yang cukup mendapat perhatian ramai.

Menurut sumber Miss J, beliau tidak sangka Atikah yang sering berlagak baik dan polos boleh melakukan sesuatu perkara yang tidak senonoh dan menjatuhkan maruahnya.

Lebih malang lagi, lelaki itu sudah mempunyai rencana untuk melamar Atikah menjadi isterinya tetapi selepas foto bogel itu tersebar, lelaki berkenaan terus membatalkan niatnya itu.

Difahamkan, Atikah sebelum ini memang susah untuk berpegangan tangan dengan kekasihnya apatah lagi membuatkan perkara yang lebih lagi.

Ermm, sejujurnya teman lelaki mana yang tidak terperanjat jika kekasih yang disangka cukup baik tiba-tiba dikatikan dengan kontroversi yang tidak senonoh. Bukan mudah hendak terima hakikat apatah lagi foto-foto yang tersebar akan kekal berada di Internet seumur hidup. Memang malu ..

Sumber Berita : Utusan Malaysia

September 21st, 2016

Berjanji akan menyiasat isu penyebaran foto bogel Atikah Suhaime bersama Idris Khan, Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo akui telah mengetahui dan kenal dengan individu yang tidak bertanggungjawab menjatuhkan imej artis dibawah naugan syarikatnya itu.

Menurut David, beliau mempunyai beberapa bukti yang boleh mendakwa individu berkenaan ke mahkamah.

Saya beri amaran jangan keluarkan lagi apa-apa gambar yang boleh mencetuskan kontroversi, saya tahu anda siapa dan tidak lama lagi saya akan ambil tindakan.

Sekarang saya sudah ada banyak bukti kukuh untuk mendakwa individu tersebut. Dia tidak akan terlepas.

Jelas David, Atikah cuma menjadi mangsa kepada individu tersebut .

Dia hanya mangsa oleh seseorang yang ingin menjatuhkan kerjaya dan maruahnya sahaja. Dia sudah memohon maaf dengan ikhlas pada kontroversi lalu.

Saya harap masyarakat tidak terus menerus menghukumnya seumur hidup, semua orang dalam dunia ini ada buat silap.

Pergh memang pantas sekali pihak David Teo mengenalpasti dalang yang menyebar foto bogel Atikah Suhaime. Harapnya piahk polis dengan segera dapat menangkap individu terbabit bagi menjernihkan keadaan.

Sumber Berita : mStar Online