January 14th, 2016

Tahun baru 2016, merupakan detik yang tidak dapat dilupakan buat Syafiq Yusof apabila isterinya, Aiesyah Zainal selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka Nuur Jannah pada 1 Januari 2016 jam 1.56 petang.

Nuur Jannah baru-baru ini sempat menjalani sesi newborn photoshoot oleh KakiFoto bertempat Darul Haslam iaitu kediaman keluarga Syafiq sendiri.

Memang comel sungguh bayi pasangan tersebut dan setiap momen dapat dirakam dengan indah sekali.

Berikut kami sertakan 6 lagi foto Nuur Jannah buat anda dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit foto: KakiFoto

January 1st, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pengarah yang berbakat besar, Syafiq Yusof  dan isterinya, Aiesyah Zainal kerana telah selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pagi tadi.

Aiesyah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.6 kilogram pada jam 1.56 petang tadi di Hospital Colombia, Setapak, Kuala Lumpur.

Syafiq memilih nama Nuur Jannah yang membawa maksud cahaya syurga untuk anak perempuan mereka.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah Ya Robb Ya Rahman. Syukur atas kelahiran anak pertama saya Nuur Jannah #babygirl ayah dan ibu sayang sangat-sangat kamu Jannah!!

Semoga rumah tangga Syafiq Yusof dan isteri dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi selepas ini atas kelahiran orang baharu didalam keluarga mereka.