July 14th, 2017

Sah bergelar isteri kepada Mohd Rafzan minggu lalu, pelakon Anis Al-Idrus baru-baru ini ada memuat naik foto intim dimana beliau seolah-olah mahu berkucupan bersama suaminya sambil berpelukan. Netizen yang melihat foto berkenaan mengkritik aksi tersebut seharusnya tidak menjadi tatapan umum dan ia juga tidak bersesuaian dengan adat Melayu yang sopan.

Walaubagaimanapun, Anis tetap mempertahankan tindakannya itu dan menganggap apa yang beliau lakukan itu tidaklah “melampau”.

Secara peribadi, saya rasa gaya sebegitu tidak keterlaluan kerana sebelum ini pun ada selebriti lain yang memuat naik gambar jauh lebih intim berbanding apa yang saya lakukan. Bagi saya, ia perkara biasa.

Tidak salah untuk berkongsi kebahagiaan anda tetapi fikirlah juga jika foto itu sesuai ataupun tidak untuk dimuat naik di media sosial.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : lawalawala.ig

July 10th, 2017

Tidak dinafikan hampir semua wanita pasti ingin tampil lebih anggun dan berkasut tumit tinggi ketika majlis raja sehari mereka, tetapi lain pula buat pelakon Anis Al- Idrus yang selesa memakai kasut sneakers ketika majlis akad nikahnya yang berlangsung baru-baru ini. Meskipun menerima pelbagai kritikan daripada netizen, Anis nampaknya enggan terlalu mengambil pusing mengenai isu tersebut.

Saya sebenarnya pakai baju kurung pun guna sneakers. Saya pakai kasut begini kerana nak selesa, sebab kalau pakai ‘heels’ mesti jatuh. Saya ingatkan kasut ini tidak kelihatan maklumlah dah tertutup dengan busana, rupanya nampak juga.

Tak terlintas langsung nak jadi pengantin viral atau pun sengaja tarik perhatian orang. Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya selesa dan majlis pun dah selesai. Alhamdulillah.

Sebenarnya, Anis pernah mengalami situasi yang agak memalukan ketika memakai kasut tumit tinggi sebelum ini.  Tidak mengapalah jika ada yang mengkritik, apa yang penting kita merasa selesa dengan apa yang dipakai. Tak gitu?

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit Foto : kaki5photo

July 8th, 2017

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Anis Al-Idrus yang sudah selamat diijabkabulkan dengan cinta hatinya, Mohd Rafzan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Shah Alam malam semalam.

Anis dan Mohd Rafzan kelihatan manis dan kacak dalam persalinan sedondon berwarna putih.  Pihak perempuan menyerahkan lima dulang hantar berbalas tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki. Anis turut menerima satu set barang kemas sebagai mas kahwin. Walaubagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran perkahwinan.

Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Anis sendiri iaitu Syed Zainal Syed Abu Bakar Al-Idrus, di hadapan Imam dan jurunikah Masjid Al-I’tisam TTDI Jaya, Ustaz Mohd Fairus Shuaib, kira-kira jam 9.40 malam.

Syukur akhirnya semua dipermudahkan dan doakan agar kami terus bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan memeriahkan majlis sederhana kami.

Sekali lagi kami ucapkan tahniah kepada Anis dan suaminya. Semoga perkahwinan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : kaki5photo