April 8th, 2019

Baru-baru ini, portal akhbar tempatan ada melaporkan berita seorang Datuk Seri berusia 40 tahun ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu.

Spekulasi mula timbul mengatakan individu tersebut adalah pelakon Datuk Fizz Fairuz yang juga berada di negeri itu selain umurnya juga sama.

Bagaimanapun, gosip liar itu dinafikan oleh isterinya, Datin Almy Nadia yang merasa sedih dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadap suaminya itu. Almy menjelaskan, ketika kejadian itu berlaku, Fizz sedang menjalani latihan sebagai penyampai anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019).

Itulah sebelum hendak membuat sebarang tuduhan pastikan ia disertakan dengan bukti yang sah. Malah, setahu kami Fizz juga tidak pernah menerima gelaran Datuk Seri.

January 25th, 2019

Semalam, nama pelakon Datin Almy Nadia kembali hangat diperkatakan selepas seolah-olah menyalahkan netizen yang memaksa beliau untuk kurus sehingga susu badan berkurangan.

Kata netizen, kenapa Almy terlalu kisahkan percakapan orang dan jika betul hendak menurunkan berat badan, amalkanlah diet yang betul ketika berpantang. Jangan meletakkan kesalaha di atas bahu orang lain.

Dihimpit dengan pelbagai sindiran sinis, Almy bertekad untuk tidak lagi berkongsi pemakanan yang diamalkan.

Kongsi salah, tak kongsi salah. Tidak faham kenapa mereka sanggup berdebat? Masing-masing membuat pelbagai kenyataan dan saya turut terpalit sama dosa apabila marah selepas membacanya. Dosa faham?

Almy pada masa yang sama meminta ‘haters’ yang tidak senang dengan perkongsiannya itu supaya tidak lagi mengikutnya di Instagram.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 24th, 2019

Menerima pelbagai kritikan kerana bentuk badannya yang berisi berbanding ketika zaman anak dara, pelakon Almy Nadia sudah tekad untuk menguruskan badan sebaik sahaja selepas beliau bersalin anak ketiganya.

Masih dalam proses berpantang, Almy sangat menjaga diet sehariannya termasuklah tidak mengambil garam, gula dan mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Namun, Almy menerusi akaun Instagramnya memberitahu susu badan berkurang selepas berpantang secara sihat. Bukan itu yang menjadi isunya, tetapi kapsyen Almy seakan menyalahkan netizen.

Bagaimanapun, rata-rata netizen kembali membidas kenyataan Almy. Untuk apa terlalu tertekan memikirkan percakapan dan kritikan orang.

Tidak pasti apakah maksud Almy yang beliau harus tetap teruskan misi kurus untuk ditujukan kepada mata-mata dan hati jahanam. Apa-apa pun, memang bukan mudah untuk menurukan berat badan dan ada kalanya memang akan rasa tertekan.

May 14th, 2018

Bentuk badan Almy Nadia sering menjadi isu hangat dikalangan netizen. Pelbagai kata-kata yang dilemparkan kepada aktres itu termasuklah ada mulut-mulut jahat yang mengatakan Almy tidak takut jika suaminya, Fizz Fairuz mula berubah hati.

Walaubagaimanapun, Fizz akui beliau tidak kisah dengan penambahan berat badan isterinya itu. Apa yang penting ialah Almy berada dalam keadaan sihat.

Badan Amy memang naik sebab rangka dia besar. Sebelum kahwin berat dia dalam 52 kilogram dan masa pertama kali hamil berat dia jadi 98 kilogram.

Bila nak turun tu ambil masa. Dia pernah mencuba kurus tapi saya kata tak payahlah. Kalau nak diet tu dengan cara yang betul. Kalau makan pil boleh kurus tapi nanti lemak berkumpul di jantung jadi bahaya. Biarlah macam ni, orang nak cakap apa pun janji dia sihat.

Fizz juga tidak mendesak isterinya untuk menurunkan berat badan dan memahami wanita itu sibuk menguruskan hal rumah tangga dan kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

Kalau kita desak, nanti dia pula tertekan. Nak jaga anak lagi, masa tak cukup. Saya nak mengambil pembantu rumah, dia tak nak. Takut orang pukul ke buat apa-apa ke. Dia nak jaga sendiri.

Masa dia pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari menguruskan rumah. Selepas itu bersama anak-anak. Kalau dia nak turunkan berat badan, tunggu bayi ketiga lahir dahulu dan anak-anak dah besar sikit.

Beruntung sekali Almy mempunyai seorang suami yang memahami seperti Fizz. Tak mengapa, peduli apa orang kata asalkan diri sendiri bahagia bukan?

Sumber Berita : mStar Online