Written by Bella | August 15th, 2019

Media sosial kini menjadi medium untuk artis berkongsi aktiviti seharian mereka dengan peminat. Namun, di ruangan komen hanya dibanjiri dengan komen-komen negatif mengkritik setiap apa yang mereka lakukan.

fiza halim

Terbaru, pelakon Fiza Halim menerusi akaun Instagram meluahkan rasa berang dengan sikap segelintir netizen yang sering mencari kesalahan artis. Tidak salah untuk memberi nasihat dan teguran tetapi biarlah ia dilakukan dengan cara yang lebih berhemah, janganlah mengeluarkan kata-kata yang melampau.

fiza halim berang sikap netizen

Ironinya mereka yang memberikan komen keterlaluan ini berselindung disebalik akaun palsu. Kenapa hanya berani di media sosial sahaja?

fiza halim tidak bertudung

Fiza turut memuat naik foto dirinya tidak bertudung dipercayai gambar lama sebelum dia tampil menutup aurat. Katanya, dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan baik, namun sedang belajar ke arah itu.

fiza halimDalam pada itu, Fiza tidak kisah sekiranya kenyataannya ini membuatkan dirinya kehilangan peminat mahupun dipandang negatif oleh sesetengah pihak. Padanya, rezeki bukannya ditentukan ataupun bergantung kepada netizen.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 29th, 2018

Sejak bernikah tahun lalu, lama juga kita tidak mendengar sebarang khabar mengenai aktres Fiza Halim.

Baru-baru ini, nama beliau mula diperkatakan apabila ada netizen yang mendakwa beliau memakai solekan ketika sedang solat menerusi sebuah foto dirinya memakai telekung dan sedang duduk di atas sejadah yang dikongsikan di Instagram.

Walaubagaimanapun, Fiza menjelaskan beliau masih lagi waras dan tidak mengenakan sebarang solekan ketika beribadah.

Tidak dinafikan Fiza sememangnya mempunyai rupa paras yang cantik sejak dahulu lagi dan lebih manis selepas beliau bertudung. Mungkin kerana itu juga tercetusnya salah faham berkaitan foto tersebut.

Written by AbangNara | July 3rd, 2017

Selepas tersebar berita perkahwinannya dengan seorang juruterbang duda, Fiza Halim akhirnya tampil untuk menjelaskan status dirinya. Menurut Fiza, mereka berdua telah bernikah pada Disember 2016. Sudah agak lama juga sebenarnya, namun pernikahan ini telah disembunyikan daripada pengetahuan ramai dan hanya diketahui oleh keluarga terdekat sahaja.

fiza halim kahwin

Menurut Fiza, dia enggan memaklumkan kepada semua orang tentang perkahwinan ketiganya ini kerana sebab-sebab tertentu. Cukuplah hanya Allah sahaja mengetahui yang mereka berdua sudah berkahwin. Untuk makluman, Fiza telah dinikahkan di Cyberjaya (kediaman adiknya) dengan suaminya yang bernama Al Jefri Abdul Kudus. Kata Fiza:-

Alhamdulillah, ya memang saya sudah berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda anak dua pada akhir tahun lalu. Dia bertugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan swasta sejak sembilan tahun lalu.

Saya bersyukur dan bahagia sungguh pun pelbagai gosip, cacian dan tomahan yang dilemparkan sebelum ini. Saya tidak berniat untuk merahsiakan daripada semua orang, tapi saya mahu mendahulukan keluarga.

Biar Allah sahaja yang tahu hubungan kami halal, buat apa nak cerita sana sini? Bukan semua orang nak mendoakan kita yang baik-baik.

Kita selaku peminat haruslah cuba memahami perasaan Fiza Halim. Sudah pasti ada permintaan dari keluarga dan juga sebab peribadi sehingga Fiza merahsiakan perkara bahagia ini. Yang penting, kita doakan kebahagiaan serta doakan agar perkahwinan ini kekal buat selamanya. Kata Fiza lagi:-

Buat semua peminat mohon doakan kebahagian kami kekal dan harap ini kali perkahwinan terakhir sebelum kami tutup mata. Kami berdua akan cuba yang terbaik untuk perkahwinan kali ni dan akan saling memahami, bertolak ansur dan yang paling penting bersabar dalam apa jua keadaan. Fahami erti hidup dan lettakkan Allah dalamm hati, insya-Allah semua akan berjalan lancar.

fiza halim kahwin

Semoga kebahagiaan yang dicari oleh Fiza ditemui di dalam perkahwinan ini. Sama-sama kita doakan. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | July 3rd, 2017

Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Gagal dua kali pun bukanlah gagal. Kebahagiaan perlu dicari. Dan nampaknya Fiza Halim telah menemui kebahagiaannya selepas selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang duda anak tiga. Setelah penceraiannya dengan Adam, perkahwinannya dengan juruterbang yang dikenali sebagai Jefri ini sudah pasti dinanti-nantikan, lebih-lebih lagi ketika sambutan Aidilfitri. Takkanlah nak beraya seorang-seorang tanpa suami di sisi kan?

fiza halim kahwin lagi

Walaupun belum mengesahkan berita ini, namun penyatuan 2 hati ini disahkan menerusi instagram milik Jefri iaitu @aljefri87, beberapa keping gambar miliknya dan Fiza sedang bersalaman di hari raya dengan kapsyen @aljefri87: “Raya pertama done with my wifey” menjelaskan lagi hubungan tersebut.

fiza halim kahwin lagi

Alhamdulillah. Semoga perkahwinan kali ini kekal buat selama-lamanya buat Fiza dan juga Jefri. Sama-samalah kita doakan. Amin. Sumber Mstar Online.