“Merangkak Lah Dekat Akhirat Minta Maaf Dengan Aku” – Fiza Minta Hentikan Fitnah Atau Akan Ambil Tindakan

Trending

“Merangkak Lah Dekat Akhirat Minta Maaf Dengan Aku” – Fiza Minta Hentikan Fitnah Atau Akan Ambil Tindakan

Tiada angin tiada ribut, nama Fiza Halim dikaitkan dengan Engku Emran selepas tular foto lelaki itu dengan dua gadis yang dikatakan anaknya.

Disebabkan itu, timbul pula gosip mengatakan Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim menjalinkan hubungan cinta dengan Engku Emran.

Advertisement

engku emran luang masa dengan anak anak fiza halim
12 months ago

Tular Video Beriadah Dengan Anak-Anak, Fiza Halim Dan Engku Emran Kini Bercinta?

Pelakon berusia 42 tahun itu meluahkan rasa berang menerusi Instagram dan meminta orang ramai berhenti untuk terus menabur fitnah terhadapnya.

Fiza dengan tegas telah menafikan gosip yang tersebar luas pada hujung minggu baru-baru ini dan berkata wajah dua gadis remaja yang tular tersebut langsung tidak sama dengan anak-anaknya.

 Dah macam-macam cerita aku dengar pasal aku korang dok kata dan tulis. Pada mulut netizen yang mula buat cerita ini, silalah merangkak di sana (akhirat) untuk minta maaf dengan aku nanti.”

Bekas anggota kumpulan Elite itu juga meminta agar netizen tidak terus menyebarkan fitnah tanpa usul periksa kerana banyak hati yang perlu dijaga.

Dalam pada itu, Fiza turut memaklumkan dia tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus memfitnahnya.

Jangan sampai saya ambil tindakan. Sekarang ni sudah ada akta baru. Saya tidak marah, cuma nasihat. Nanti bila sampai masa, kalau nama ‘naik’ jangan cakap saya tidak beritahu.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...