January 29th, 2018

Sejak bernikah tahun lalu, lama juga kita tidak mendengar sebarang khabar mengenai aktres Fiza Halim.

Baru-baru ini, nama beliau mula diperkatakan apabila ada netizen yang mendakwa beliau memakai solekan ketika sedang solat menerusi sebuah foto dirinya memakai telekung dan sedang duduk di atas sejadah yang dikongsikan di Instagram.

Walaubagaimanapun, Fiza menjelaskan beliau masih lagi waras dan tidak mengenakan sebarang solekan ketika beribadah.

Tidak dinafikan Fiza sememangnya mempunyai rupa paras yang cantik sejak dahulu lagi dan lebih manis selepas beliau bertudung. Mungkin kerana itu juga tercetusnya salah faham berkaitan foto tersebut.