Written by Bella | September 17th, 2019

Tahun lalu filem PASKAL The Movie mencipta fenomena tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak lebih RM30 juta.  Dibintangi pelakon popular seperti Hairul Azreen, Jasmine Suraya, Amerul Affendi, Ammar Alfian, Gambit Saifullah dan ramai lagi.

pelakon filem paskal belum terima bonus

Tentunya ia merupakan satu pencapaian hebat untuk filem tempatan dan sehingga hari ini “demam” filem tersebut belum reda dan ditayangkan di televisyen.

Malah, baru-baru ini Jasmine menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto mempromosikan filem berkenaan yang di tayangkan di kaca televisyen sempena Hari Malaysia secara percuma di saluran 700.

paskal the movie

Namun, komen beberapa orang pelakon filem Paskal menarik perhatian ramai. Mereka meluahkan rasa kecewa kerana sehingga hari ini masih belum menerima bayaran bonus seperti yang dijanjikan. Diberikan harapan palsu.

Dah lebih setahun, payment bonus

belum dapat

pelakon filem paskal belum terima bonuspelakon filem paskal kecewa belum terima bonuspelakon filem paskal kecewa belum terima bonuspelakon filem paskal kecewa belum terima bonusHarapnya isu ini  dapat diselesaikan tidak lama lagi. Kesungguhan dan dedikasi pelakon merupakan tulang belakang untuk kejayaan sesebuah filem. Lakonan mereka harus dihargai.

Written by Bella | October 1st, 2018

Kemeriahan dan sambutan hangat filem Malaysia kian membara apabila filem terbaru PASKAL The Movie mencatat kejayaan yang membanggakan apabila berjaya meraih kutipan mencecah RM 7.5 juta dalam empat hari tayangan.

Pada awalnya ada dikalangan penonton yang agak skeptikal adakah filem berunsurkan ketenteraan ini mempunyai jalan cerita serta aksi yang menarik, namun selepas mereka menonton filem berkenaan, rata-rata memberikan respon yang sangat positif.

Filem tersebut diinspirasikan daripada kisah sebenar operasi yang pernah dijalankanoleh  Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Diarahkan oleh Adrian Teh, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Sumber Berita & Foto : Astro Shaw

Written by Bella | September 19th, 2018

Kenyataan pelakon Hairul Azreen yang mendakwa dirinya dan seorang lagi pelakon filem Paskal, Ammar Alfian hampir diculik lanun ketika menjalani penggambaran filem tersebut di perairan Sabah mengundang kecaman daripada netizen.

Malah, pihak pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap apa yang dikatakan oleh Hairul hanya publisiti murahan.

Susulan isu tersebut yang agak serius kerana melibatkan hal keselematan negara, Hairul dan Ammar akan bertemu dengan pihak ESSCOM hari ini untuk memberikan keterangan lanjut.

Buat masa ini, Hairul tidak boleh memberikan sebarang komen kerana bimbang ia akan menimbulkan salah faham dan kontroversi.

Pihak produksi dan Esscom sudah berhubung. Kami akan bertemu mereka esok(Rabu). Susah nak cakap sekarang. Kita tunggu sahaja esok.

Terdahulu, Hairul memberitahu ketika kejadian berlaku hanya beliau dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | September 2nd, 2018

Hai! Kembali lagi bersama kami di Beautifulnara untuk kita tampilkan senarai gosip dan kontroversi hangat sepanjang minggu ini.

Antara topik sensasi minggu ini berkaitan isu palsu, barangan kemas ‘fake’ dan kenyataan orang pun ada yang sekadar ingin mencetuskan gimik untuk filem.

Ada pula selebriti yang ‘kantoi’kan rakan sendiri sedang berpelukan dengan seorang penyanyi remaja. Nak melabur? Ketahui pelaburan kripto wang yang baru sahaja dilancarkan tetapi sebenarnya diharamkan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Lebih panas lagi, seorang penyanyi lain yang lebih muda boleh kritik cara penjurian penyanyi nombor satu negara! Semuanya dalam senarai Top 5 Gosip Terhangat Minggu Ini. Jom layan dengan membaca entri ini sepenuhnya.