January 18th, 2012

Ramai rupanya pasangan suami isteri selebriti yang sporting tahap gaban. Baru-baru ini isteri Ajai menyatakan rasa tak kisahnya tentang penyebaran gambar mesra suaminya. Yang terbaru, isteri Zul Handy Black pula merestui suaminya melakonkan aksi ghairah dan berbogel di dalam filem. Gila sporting kan?

zul handy black

Kata Zul Handy Black:-

Saya beruntung kerana keluarga dan isteri saya, Fyza memahami tugas saya selaku seorang pelakon. Mereka tahu saya lakukan semua ini untuk tugas saya dan saya juga akan bertindak profesional. Isteri saya tidak kisah, kerana dia tahu saya ramai ‘teman wanita’ dalam setiap produk lakonan saya. Saya melakukan itu semua bukan untuk mengundang kontroversi tetapi kerana mengikut kehendak pengarah dan supaya penonton dapat gambaran yang lebih jelas.

Ternyata Zul hanya menghayati watak yang diberikan secara profesional. Nak buat macam mana kan? Skrip kata ghairah kenalah ghairah main-main. Tapi Abang Nara tertarik dengan kata-kata Zul di bawah ini:-

Apabila babak bergaduh, kita perlu berlawan dengan bersungguh-sungguh. Untuk babak cinta, kita perlu timbulkan mood romantis dan apabila babak ghairah cabarannya adalah kita yang tidak ghairah ini perlu buat-buat ghairah agar lakonan yang diberikan menjadi

Hahaha. Agak kelakar. Kena maintain tak ghairah time tengah melakonkan watak ghairah. Kalau terghairah betul-betul padah gak. Hehehe.

P.S: Camner pulak dengan Maria Farida yang melakonkan watak Datin Ghairah? Hehehe

January 17th, 2012

Filem Keramat yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi bakal menampilkan aksi berkemban daripada Diana Amir. Perlu diingatkan, sewaktu rakaman filem tersebut, Diana Amir masih belum berhijrah untuk memakai tudung. Namun ternyata Diana Amir masih menyesal kerana melakonkan aksi tersebut.

diana amir

Kata Diana Amir:-

Filem Keramat menjalankan penggambaran lebih kurang dua tahun lepas iaitu akhir tahun 2010. Manakala keputusan saya berhijrah baru sahaja iaitu pada pertengah bulan September tahun lalu.adi dalam masa dua tahun semua orang boleh berubah. Bukan sahaja dari segi penampilan, malah ideologi dan tindakan kita juga boleh berubah. Begitu jugalah saya.Apa yang berlaku ini adalah pengajaran buat diri saya dan saya ambilnya sebagai iktibar dalam hidup saya.

Tak apalah Diana Amir. Benda yang dah lepas jangan dikenang. Setiap orang pun berubah. Inilah cabaran untuk mereka-mereka yang berubah ke arah kebaikan. Yang penting, daripada nada kata-kata Diana Amir, Abang Nara dapat merasakan penyesalan yang teramat sangat.

Tiada apa yang boleh saya lakukan selain meyakinkan peminat dan orang ramai bahawa apa yang mereka lihat itu adalah diri saya sebelum ini yang kurang keteguhan dan pendirian agama.ilem ini juga sudah menjadi hak milik MIG. Saya hanya akur dan redha walaupun pengarahnya, Azahari Zain telah datang kepada saya dan melahirkan rasa serba salah terhadap saya.Apa yang berlaku bukan salah sesiapa, tetapi semua adalah tanggungan saya. Kini saya hanya berserah kepada Tuhan kerana Dia yang maha mengetahui segalanya. Apa yang penting, saya mahu minta Tuhan ampunkan segala dosa saya yang lalu kerana saya benar-benar kesal. Namun saya redha.

Bagi Abang Nara, penerangan Diana Amir di atas adalah penerangan yang sangat bijak dan berilmu. Good job. Semoga peminat Diana Amir tidak akan melabelkan dirinya sebagai cakap tak serupa bikin. Apa pun, Abang Nara percaya ramai di luar sana yang menyokong dan memahami apa yang berlaku. Tak gitu?

January 7th, 2012

Abang Nara tahu ramai yang dah jatuh cinta dengan si manis Diana Amir semenjak dia memakai tudung. Ramai jugak yang mahu bertemu muka dengan Diana Amir. Jangan risau kerana Abang Nara ingin memberikan anda semua bukan sahaja peluang bertemu Diana Amir tetapi peluang untuk memenangi sebuah Blackberry Playbook.

filem keramat

Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu bermain Facebook Apps filem Keramat di Fanpage David Teo. Caranya sangat mudah. Bersesuaian dengan tema filem Keramat, anda hanya perlu hantarkan seberapa banyak barang keramat kepada rakan-rakan anda. Makin banyak yang dihantar, makin tinggi peluang untuk anda bertemu muka dengan Diana Amir sekaligus memenangi Blackberry Playbook.

facebook keramat

Sedikit sinopsis ilem Keramat yang bakal memulakan tayangan pada 12 Januari ini:-

Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dasyat di mana semua penduduk kampong mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula denga kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

facebook keramat

Nampak macam seram kan? Kalau tengok trailer filem Keramat nie, memang seram rupanya.

So tunggu apa lagi? Tingkatkan peluang anda untuk memenangi sebuah Blackberry Playbook dengan menghantar barang keramat sebanyak mungkin hari ini jugak. Abang Nara dah hantar 10 barang dah. Hehehe.  Sila cepat sebelum terlambat.