April 19th, 2012

Masih bercerita tentang si cantik Fazura. Semalam Abang Nara berjalan-jalanlah di Facebook rasmi Fazura dan terbaca satu status yang sangat menarik. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazura kerana mahukan watak yang tidak bersentuhan dengan lelaki. Satu perkembangan yang sangat baik.

fazura

Tambah menarik apabila Fazura turut berkongsi berita tentang perniagaannya yang akan dilancarkan pada bulan Mei ini. Namun buat masa ini Fazura masih lagi merahsiakan apakah perniagaan yang bakal dijalankan. Tekaan Abang Nara pastinya perniagaan tersebut berkait rapat dengan kecantikan wanita.

fazura

Semoga lebih ramai artis wanita bakal mengikut jejak langkah Fazura dengan meminta watak yang tidak bersentuhan dengan lelaki. Sekiranya makin ramai yang membuat permohonan sebegini, pastinya pihak penerbit akan terpaksa menurut. Tak gitu? Tahniah kepada Fazura atas perubahan besar ini.