September 7th, 2015

FFM Ke 27 kali ini pasti tidak akan dilupakan oleh Nur Fazura seumur hidupnya apabila beliau telah berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan beliau didalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Bukan mudah untuk berentap dengan dua nama besar seperti Lisa Surihani dan Maya Karin, namun Fazura telah membuktikan bahawa beliau mempunyai mutu lakonan yang tinggi selain rezeki yang berpihak kepada beliau kali ini.

Fazura sendiri nyata terkejut dengan kemenangan itu sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan sewaktu namanya diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah tersebut.

Kejayaan ini meletakkan saya sendiri ke satu tahap yang lebih baik. Sekurang-kurangnya trofi idaman ramai ini pernah berada dalam genggaman saya. Jadi apa jadi selepas ini, andai saya berkahwin atau bersara, siapa tahu bukan dan hakikatnya cukup saya pernah melakar jaya. Saya sudah cukup gembira.

Anugerah ini milik Allah. Ia akan jadi pembakar semangat. Insya-Allah saya akan terus berkongsi bakat yang ada.

Sebenarnya bakat Nur Fazura dalam lakonan memang mempunyai kualitinya yang tersendiri. Malah, watak Ifti dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia dapat “di hidupkan” dengan baik. Pendek kata, memang superb dan all out.. Tak dapat disangkal lagi beliau memang layak untuk memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM 27.

Sumber Berita: Berita Harian

September 6th, 2015

Tiada apa yang lebih menggembirakan buat seorang pelakon apabila menerima anugerah yang menobatkan diri mereka sebagai ‘terbaik’ di dalam kategori tertentu. Pernah meluahkan keinginan untuk menggondol trofi Pelakon Wanita Terbaik, akhirnya di FFM27 semalam, Nur Fazura berjaya mencapai impiannya itu. Fazura telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.
fazura ffm27Terlalu gembira dengan kemenangan tersebut, Nur Fazura jelas tidak dapat menahan rasa sebaknya dan kelihatan seperti mengalirkan air mata ketika memberi ucapan kemenangan. Akhirnya segala penat lelah, usaha gigih dan kesungguhan Nur Fazura ternyata berbaloi dengan kemenangan ini. Secara jujur, Abang Nara dah tengok filem Manisnya Cinta Di Cappadocia dan sesungguhnya kemenangan Fazura adalah amat tepat sekali. Lakonannya di dalam filem tersebut cukup berkesan!!!fazura ffm27

Tahniah diucapkan kepada Fazura atas kemenangan ini. Semoga ia akan menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan mutu lakonan di masa hadapan. You deserve this award (amboi speaking London). Lagi beberapa gambar Nur Fazura di FFM27 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27
fazura ffm27