Kemenangan Di FFM 27 Jadi Pembakar Semangat – Nur Fazura

Hiburan

Kemenangan Di FFM 27 Jadi Pembakar Semangat – Nur Fazura

FFM Ke 27 kali ini pasti tidak akan dilupakan oleh Nur Fazura seumur hidupnya apabila beliau telah berjaya merangkul gelaran Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan beliau didalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Advertisement

Bukan mudah untuk berentap dengan dua nama besar seperti Lisa Surihani dan Maya Karin, namun Fazura telah membuktikan bahawa beliau mempunyai mutu lakonan yang tinggi selain rezeki yang berpihak kepada beliau kali ini.

Fazura sendiri nyata terkejut dengan kemenangan itu sehingga tidak dapat menahan air mata kegembiraan sewaktu namanya diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah tersebut.

Kejayaan ini meletakkan saya sendiri ke satu tahap yang lebih baik. Sekurang-kurangnya trofi idaman ramai ini pernah berada dalam genggaman saya. Jadi apa jadi selepas ini, andai saya berkahwin atau bersara, siapa tahu bukan dan hakikatnya cukup saya pernah melakar jaya. Saya sudah cukup gembira.

Anugerah ini milik Allah. Ia akan jadi pembakar semangat. Insya-Allah saya akan terus berkongsi bakat yang ada.

Sebenarnya bakat Nur Fazura dalam lakonan memang mempunyai kualitinya yang tersendiri. Malah, watak Ifti dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia dapat “di hidupkan” dengan baik. Pendek kata, memang superb dan all out.. Tak dapat disangkal lagi beliau memang layak untuk memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM 27.

Sumber Berita: Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...