February 6th, 2015

Peminat memang penting dalam jatuh bangun seseorang selebriti. Namun kalau peminat dah sampai tahap fanatik, ia boleh jadi bahaya. Peminat fanatik ini peminat melampau. Sanggup buat apa sahaja untuk selebriti kesayangan. Jadi keyboard warriors, jadi tukang kritik pesaing selebriti, jadi tukang bakar ‘line’ dan macam-macam lagilah. Silap haribulan, selebriti yang tak pernah bergaduh sesama sendiri pun boleh jadi bermasam muka kerana peminat fanatik. Mungkin itu yang terjadi kepada Fazura dan Zizan.

fazura dan zizan

Nasib baiklah sebelum keadaan menjadi lebih keruh, Fazura dan Zizan mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang ‘heart to heart’ tentang apa yang berlaku. Kesimpulan yang dibuat ialah ‘keyboard warriors’, anasir jahat dan peminat fanatik yang membesarkan perkara ini. Antara mereka berdua, tiada sebarang masalah. Terang Fazura panjang lebar.

Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.

Semalam tiba-tiba saya terfikir mengenai isu saya dan Zizan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan segala perkara yang menyumbang kepada pelbagai andaian dan dakwaan umum terhadap saya mahupun Zizan.

Tetapi saya tak dapat cari apa punca kami berdua berada didalam situasi ini kerana sebagai rakan artis yang saya kenali sebelum ini, tidak pernah pun saya dan dia(Zizan) bermasam muka. Saya terpanggil untuk menghubunginya dan bertanyakan tentang hal ini.

Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.

Sejujurnya saya akui memang ada diantara satu dua tweet yang saya naikkan di Twitter menjurus kepada isu diantara kami berdua. Tetapi ia bukannya ditujukan khas kepada individu tertentu. Secara logiknya sebagai juri di MLM 2014, saya mengadili bukan Zizan seorang tetapi kumpulan Virus.

Tidak adil jika tuduhan mengatakan saya mempunyai masalah dengan Zizan dan sebagainya. Tetapi sejujurnya sebelum ini saya telah ‘terperangkap’ dalam permainan para peminat fanatik serta mereka yang tidak senang dengan saya mahupun Zizan.

Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.

Tetapi syukur dengan kuasa Allah SWT semuanya selesai dan saya harap tiada lagi orang cuba menaikkan semula isu ini.

fazura dan zizan

Fuh~~ Memang panjang lebar sungguh penjelasan Fazura. Menarik juga membacanya. Abang Nara salute dengan inisiatif perjumpaan yang dilakukan oleh mereka berdua. Kalau dibiarkan berlarutan, memang boleh jadi makin parah. Iyerlah, kedua-duanya mempunyai fanbase yang besar. Kedua-duanya ada peminat fanatik. Kang tak pasal-pasal mereka bertelegah sesama sendiri. Diharap dengan penjelasan ini, kita boleh tutup cerita Fazura dan Zizan serta ‘move on’ dengan kehidupan. Sumber portal Murai.

P.S: Proton Exora facelift dilancarkan

February 4th, 2015

Apabila Nur Fazura mengumumkan nama Virus sebagai kumpulan yang terkeluar minggu lalu daripada cabaran MLM2014, ribuan para peminat Virus membanjiri akaun Instagram pelakon tersebut dan meletakkan penyingkiran itu sebagai kesalahannya. Sedih juga jadi Fazura. Jalankan tugas sebagai juri pun kena bahan oleh para peminat. Memang ada sesetengah peminat yang agak taksub dengan selebriti sehingga apa yang dibuat walaupun tak best, tetap nampak super duper best.
zizan Abang Nara tersenyum kambing apabila melihat kata-kata Fazura yang ditulis buat peminat Virus yang menyalahkan dirinya. Pandai juga Fazura ini bermain kata. Sempoi!!! Kalau si peminat tak terasa lagi, tak tahulah nak kata apa. Biasalah tue adat menang kalah dalam pertandingan. Namun terbaru, satu gambar Zizan yang dimuatnaik bersama dengan satu kapsyen telah disalaherti oleh para peminat. Kononnya kata-kata Zizan itu ditujukan kepada Fazura.zizan

Namun Zizan telah mengubah kapsyen di gambarnya bersama Johan dan menafikan ia ditujukan kepada Fazura. Menurut Zizan, ia hanyalah satu rap. Terang Zizan:-zizan

Diharap para peminat dan pemerhati di luar sana tidaklah menyangkut pautkan lagi setiap perbuatan Zizan dengan Fazura dan begitu juga sebaliknya. Kesian kepada mereka berdua. Nanti nak muatnaik apa-apa pun kena fikir 5,6 kali. Takut-takut tersalah anggap sedangkan realitinya tak ada kaitan pun. Cukup-cukuplah menyalahkan Fazura atas penyingkiran Virus. Memang sudah tertulis bukan rezeki mereka. Tak gitu?