Saya & Zizan Terperangkap Dalam Permainan Para Peminat Fanatik – Nur Fazura

Hiburan

Saya & Zizan Terperangkap Dalam Permainan Para Peminat Fanatik – Nur Fazura

Peminat memang penting dalam jatuh bangun seseorang selebriti. Namun kalau peminat dah sampai tahap fanatik, ia boleh jadi bahaya. Peminat fanatik ini peminat melampau. Sanggup buat apa sahaja untuk selebriti kesayangan. Jadi keyboard warriors, jadi tukang kritik pesaing selebriti, jadi tukang bakar ‘line’ dan macam-macam lagilah. Silap haribulan, selebriti yang tak pernah bergaduh sesama sendiri pun boleh jadi bermasam muka kerana peminat fanatik. Mungkin itu yang terjadi kepada Fazura dan Zizan.

fazura dan zizan

Advertisement

Nasib baiklah sebelum keadaan menjadi lebih keruh, Fazura dan Zizan mengambil inisiatif untuk bertemu dan berbincang ‘heart to heart’ tentang apa yang berlaku. Kesimpulan yang dibuat ialah ‘keyboard warriors’, anasir jahat dan peminat fanatik yang membesarkan perkara ini. Antara mereka berdua, tiada sebarang masalah. Terang Fazura panjang lebar.

Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.

Semalam tiba-tiba saya terfikir mengenai isu saya dan Zizan sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan segala perkara yang menyumbang kepada pelbagai andaian dan dakwaan umum terhadap saya mahupun Zizan.

Tetapi saya tak dapat cari apa punca kami berdua berada didalam situasi ini kerana sebagai rakan artis yang saya kenali sebelum ini, tidak pernah pun saya dan dia(Zizan) bermasam muka. Saya terpanggil untuk menghubunginya dan bertanyakan tentang hal ini.

Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.

Sejujurnya saya akui memang ada diantara satu dua tweet yang saya naikkan di Twitter menjurus kepada isu diantara kami berdua. Tetapi ia bukannya ditujukan khas kepada individu tertentu. Secara logiknya sebagai juri di MLM 2014, saya mengadili bukan Zizan seorang tetapi kumpulan Virus.

Tidak adil jika tuduhan mengatakan saya mempunyai masalah dengan Zizan dan sebagainya. Tetapi sejujurnya sebelum ini saya telah ‘terperangkap’ dalam permainan para peminat fanatik serta mereka yang tidak senang dengan saya mahupun Zizan.

Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.

Tetapi syukur dengan kuasa Allah SWT semuanya selesai dan saya harap tiada lagi orang cuba menaikkan semula isu ini.

fazura dan zizan

Fuh~~ Memang panjang lebar sungguh penjelasan Fazura. Menarik juga membacanya. Abang Nara salute dengan inisiatif perjumpaan yang dilakukan oleh mereka berdua. Kalau dibiarkan berlarutan, memang boleh jadi makin parah. Iyerlah, kedua-duanya mempunyai fanbase yang besar. Kedua-duanya ada peminat fanatik. Kang tak pasal-pasal mereka bertelegah sesama sendiri. Diharap dengan penjelasan ini, kita boleh tutup cerita Fazura dan Zizan serta ‘move on’ dengan kehidupan. Sumber portal Murai.

P.S: Proton Exora facelift dilancarkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...